Jumaat

kutip derma ketika Solat Jumaat



http://1.bp.blogspot.com/-XXbjVNWeY0o/TgQ7MgT8uLI/AAAAAAAABBI/IbT4mtUnYQg/s1600/sedekah.jpg

Tika khatib mula saja membacakan khutbahnya, 
maka datanglah berbondong-bondongan seorang dua anak kecil membawa tabung masjid 
melalui setiap saf makmum dari yang paling depan sampailah yang paling belakang. 
dengan harapan akan ada yang mengisi.
setiap kali lalunya itu juga maka akan terisilah tabung itu 
oleh makmum-makmum yang dermawan
ada juga yang mengisi ke dalam kocek anak kecil itu
tak kurang juga mengisi kedua-duanya sekali
tabung-kocek
anak itu senyum
khutbah masih rancak
"ah mungkin anak itu anak yatim"
yang ditugaskan oleh ahli masjid untuk mengutip derma
selain untuk masjid,
terisi juga wang saku mereka

namun ada beberapa persoalan yang ingin ditimbulkan di sini
  1.  adakah pemberian oleh makmum itu bersifat ikhlas ataupun mahu menunjuk-nunjuk? ataupun takut dengan pandangan masyarakat jika tidak menghulurkan derma?
  2. adakah mereka (makmum) yang sedang khusyuk khutbah itu benar-benar tidak terganggu ketika kehadiran kanak-kanak itu? sedangkan baru saja selesai Pak Bilal menyatakan hendaklah diam dan fokus mendengar khutbah untuk mendapatkan keberkatan Solat Jumaat itu sendiri.
  3. apakah hukum menolak hak anak itu mengikuti khutbah kerana asyik menerima derma?

    mohon pencerahan daripada mereka-mereka yang arif

persoalan-persoalan lain berkaitan khutbah dan solat Jumaat di Halaqah.net

Khamis

Selamat Hari Wanita Sedunia

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kami tak kisah jika hari ini 'wumen dei' 
sebab 364 hari lagi 
adalah hari kami. 
kehkehkeh

Selamat Hari Wanita Sedunia 
kepada semua.

kau yang taf-taf bergincu tu 
tak payah suka sangat. 
pakai tudung pun orang tetap meluat.
gambar hiasan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad

Miskin bawa kufur

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sedang enak menikmati sarapan pagi
datang dua makhluk kecil janggal geri
menghulur tangan meminta simpati
berharap dapat sesuatu nanti
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dalam compang camping
berkaki ayam
menadah tangan meminta diberi
mula tergetus dalam hati
dari aku beri duit baik aku beri makan
"nak makan"
seorang angguk, seorang lagi senyum saja
jadi dipanggillah mereka dua beradik ini makan bersama
ditempah dua roti kosong dan teh tarik untuk mereka
pelayan buat muka sinis saja
seperti mahu menghalau
...
si abang Alibasa pendiam orangnya 
barangkali rasa curiga amungkin malu
adiknya Rohit pula banyak cakapnya
mudah mesra
selera betul mereka makan
eh, tak basuh tangan?
Alibasa
Rohit

sepanjang perbualan kami cuba korek 
macam-macam berkaitan mereka dua beradik
tapi belum cukup puas
seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan
seperti sudah diajar menyembunyikan rahsia
katanya mereka tinggal bertiga
mereka tidak ke sekolah
ayahnya sudah tiada
ibunya hanya suri rumah tangga
tiada kerja
maka merekalah penanggung keluarga
setiap hari keluar ke pekan meminta-minta
apa yang menariknya
dalam sehari boleh dapat dalam rm10-rm15
bayangkan sebulan?
patutlah ibunya di rumah goyang kaki
"mamak mu ndak marah kalau ndak banyak duitnya?"
"ndak juga" kata Rohit sambil menyumbat roti canai ke dalam mulutnya
tak banyak kami boleh nasihatkan
mereka tahu salah
sekadar meminta mereka berubah bila dewasa nanti
jangan diteruskan hidup begini
mereka angguk
teruskan makan

salah siapa?
Pihak Pentadbir?
Masyarakat?
 
 
betullah kemiskinan membawa kekufuran
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mereka pergi tanpa terima kasih
selang beberapa masa
datang pula seorang tua
menghulur tangan
lagi
(-,-")
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...