Jumaat

Doa Nabi Daud

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Doa Nabi Daud 
 
Diriwayatkan bahawa antara doa yang menjadi amalan Nabi Daud alaihis salam ialah : 
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu 4 perkara dan aku berlindung denganMu daripada 4 perkara.
4 perkara yang aku pohon dari-Mu ialah:
  • 1. Mempunyai lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu.
  • 2. Mempunyai hati yang sentiasa bersyukur kepadaMu.
  • 3. Mempunyai tubuh badan yang sanggup menahan sabar.
  • 4. Mempunyai isteri yang sentiasa membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku.
4 perkara yang aku memohon perlindungan-Mu ialah :
  • 1. Mempunyai anak yang bersikap sebagai tuan kepadaku.
  • 2. Mempunyai isteri yang menyebabkan aku beruban sebelum waktu aku patut beruban.
  • 3. Mempunyai harta benda yang menjadi bencana dan menyusahkan diriku.
  • 4. Mempunyai jiran yang suka menyembunyi dan memejamkan mata dengan kebaikan yang aku lakukan, tetapi menghebahkan kepada orang lain apabila sahaja melihat keburukanku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khamis

Adele - Nyala Api Dalam Hujan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://chungkitblog.files.wordpress.com/2011/12/adele-set-fire-to-the-rain_1.jpg?w=640&h=640
video
lagu yang telah di alih bahasakan ke bahasa Melayu

Adele - Nyala Api Dalam Hujan
(lirik asal)


Ku biarkan jatuh, Hatiku
dan tika jatuh, kaubangkit menuntutnya,
ia gelap dan aku lebih lagi,
hingga kau *** bibirku dan menyelamatkanku
tanganku kuat, namun kakiku terketar lemah,
untuk berdiri dalam dakapan tanpa jatuh ke kakimu

namun ada satu ruang dalam hati kamu yang aku tidak tahu, tidak mengerti,
tentang semua yang kau kata, tak pernah semuanya benar, tak benar,
dan permainan yang kau mainkan, kau selalu menang, selalu menang,

(korus)
Ku cuba membakar dalam hujan,
yang melimpah saat ku sentuh wajah mu
ya, ia terbakar saat aku menangis,
kerana ku terdengar jeritan namamu (dalam hati), namamu

berbaring dengan mu ku mampu bertahan,
tutup mataku, rasa kau di sini selamanya,
kau dan aku bersama, tiada yang lebih baik,

namun ada satu ruang dalam hati kamu yang aku tidak tahu, tidak mengerti,
tentang semua yang kau kata, tak pernah semuanya benar, tak benar,
dan permainan yang kau mainkan, kau selalu menang, selalu menang,

(korus)
Ku cuba membakar dalam hujan,
yang melimpah saat ku sentuh wajah mu
ya, ia terbakar saat aku menangis,
kerana ku terdengar jeritan namamu (dalam hati), namamu
Ku cuba membakar dalam hujan,
dan ku lontar (cinta) kita ke dalam api,
ya, ku rasakan sesuatu mati,
kerana ku tahu ini yang terakhir, ini penghabisannya,

sesekali ku bangun menuju ke pintu,
hati yang kau tawan pasti menunggu,
hingga sekarang, bila kita sudah tiada (hubungan)
aku masih tercari-cari dirimu

(korus)
Ku cuba membakar dalam hujan
yang melimpah saat ku sentuh wajah mu
ya, ia terbakar saat aku menangis,
kerana ku terdengar jeritan namamu (dalam hati), namamu

Ku cuba membakar dalam hujan,
dan ku lontar (cinta) kita ke dalam api,
ya, ku rasakan sesuatu mati,
kerana ku tahu ini yang terakhir, ini penghabisannya,

tidak mungkin
biarkan ia terbakar,
biarkan ia terbakar


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tiada kena-mengena dengan apa-apa pun
sekadar hobi menterjemah
sebarang pembetulan (bahasa, frasa) amatlah digalakkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...