Selasa

terkena tepat di muka

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sedang aku berkira-kira apa yang akan aku coret di sini
lagu-lagu di radio seakan-akan mengejek aku
terkena tepat di muka
dalam dilema suku abad usia
tiba-tiba rasa gelisah menjelma
noktah
...
pulang ke tanah halaman tempoh hari
betul-betul buat jiwa aku bercelaru
datang seorang perempuan berpangkat adik menyapa di fb
"bolehkah saya kenalkan abang dengan akak saudara saya? dia sedang mencari calon"
datang seorang perempuan merangkap ibu saudara menyapa
"nak tak Makcik kenalkan dengan anak kawan Mak Cik?"
dan banyak lagi yang aku tak boleh terima
jawapannya tetap sama
"saya solat istikharah dulu ya"
dan semuanya tertolak
semenjak itu entah mengapa
ada satu wajah sering terbayang di hadapan mata
semenjak itu entah mengapa
ke mana saja akan teringatkan dia
semenjak itu entah mengapa
gelojak jiwa membuak-buak
hairan
apakah perasaan ini?
...
http://azzariyat.com/wp-content/uploads/2010/12/3527545397_46a0ed701d_large1.jpg

 mungkin kerana usahanya yang tak pernah kenal erti penat
membaca warkah-warkahnya buat hati aku tersentap
maaf aku lambat buat pertimbangan orangnya
menanti yang tak pernah tiba
menolak yang terhidang setia
tapi sejujurnya
mungkin ketabahan itu yang menawan aku
aku menunggu lagi
biarkan masa bercerita
jika ini benar ternyata
dengan senyum aku menerima
...
Sedang aku berkira-kira apa yang akan aku coret di sini
lagu-lagu di radio masih mengejek aku lagi
terkena tepat di muka
dalam dilema suku abad usia
tiba-tiba rasa gelisah menjelma
noktah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad

Buka tirai dengan muka ceria

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Tahun Baru
Alhamdulillah
itu saja yang mampu aku katakan. 
impian aku untuk bawa keluarga ke negeri di 'Bawah Bayu' akhirnya tercapai. 
MISI BERJAYA!


walaupun banyak halangan pada awalnya. 
cuaca pun semacam menduga
syukur aku bisa buat mereka gembira.
ucapan terima kasih dari mak sudah cukup buat aku senang.
tapi yang paling gembira semestinya abah
dialah yang paling beria-ia nak ke mari

 memang aku tak pandai menyimpan
tapi aku pastikan semuanya mendatangkan kebaikan
walaupun kadang kala menimbulkan keresahan
asal menimbulkan kebahagiaan

lepas ni boleh la sedia untuk bawa 'orang rumah' pula
huhuhu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...