Jumaat

kutip derma ketika Solat Jumaat



http://1.bp.blogspot.com/-XXbjVNWeY0o/TgQ7MgT8uLI/AAAAAAAABBI/IbT4mtUnYQg/s1600/sedekah.jpg

Tika khatib mula saja membacakan khutbahnya, 
maka datanglah berbondong-bondongan seorang dua anak kecil membawa tabung masjid 
melalui setiap saf makmum dari yang paling depan sampailah yang paling belakang. 
dengan harapan akan ada yang mengisi.
setiap kali lalunya itu juga maka akan terisilah tabung itu 
oleh makmum-makmum yang dermawan
ada juga yang mengisi ke dalam kocek anak kecil itu
tak kurang juga mengisi kedua-duanya sekali
tabung-kocek
anak itu senyum
khutbah masih rancak
"ah mungkin anak itu anak yatim"
yang ditugaskan oleh ahli masjid untuk mengutip derma
selain untuk masjid,
terisi juga wang saku mereka

namun ada beberapa persoalan yang ingin ditimbulkan di sini
  1.  adakah pemberian oleh makmum itu bersifat ikhlas ataupun mahu menunjuk-nunjuk? ataupun takut dengan pandangan masyarakat jika tidak menghulurkan derma?
  2. adakah mereka (makmum) yang sedang khusyuk khutbah itu benar-benar tidak terganggu ketika kehadiran kanak-kanak itu? sedangkan baru saja selesai Pak Bilal menyatakan hendaklah diam dan fokus mendengar khutbah untuk mendapatkan keberkatan Solat Jumaat itu sendiri.
  3. apakah hukum menolak hak anak itu mengikuti khutbah kerana asyik menerima derma?

    mohon pencerahan daripada mereka-mereka yang arif

persoalan-persoalan lain berkaitan khutbah dan solat Jumaat di Halaqah.net

Tiada ulasan:

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...