Isnin

Nikmat kebebasan mengajar

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

melihat jam
menunggu kelas seterusnya
.........
"cikgu, kenapa cikgu tak lagi masuk kelas kami. rindulah cara cikgu mengajar. cikgu yang ajar kami sekarang asyik bagi kami kerja je. tak ada aktiviti. bosanlah" kata seorang pelajar yang dulu pernah aku ajar. dia bukan yang paling cemerlang. malah paling 'malas' dalam kelas. oh ya, tahun ini dia tingkatan dua. sudah naik kelas juga. tak semestinya kalau murid tu 'malas' maka dia tak berguna. cuma kena pandai bangunkan 'naga' dalam dirinya. 

http://2.bp.blogspot.com/_aNn5dS4sH_o/SZ98GLY8yBI/AAAAAAAAALs/lqTqnrzls0k/s400/daya.jpg
...........
baru seusia setahun lebih bergelar pendidik, 
kini aku sudah jumpa rentak. 
bukan rentak lagu. 
rentak menari di pentas guru. 
pentas lakonan pendidik berzaman
............
Ya Tuhan
kekalkanlah roda ini begini
bagi aku terus menuntun anak didikku
.............
nikmat mengajar itu betul-betul terasa sekarang ini.
teringat pesan seorang guru
"nikmat guru tak perlu tunggu akhir tahun 
mahupun keputusan peperiksaan,
cukup refleksi usai satu-satu pengajaran. 
yang penting ada jujur dan ikhlas dalam hati"
walaupun susah 
itu ku anggap cabaran kepada diri
..............
biar susah menanam padi,
esok menuai tak tertampi.
...............
cuma terkadang
datang ujian
menduga kesabaran
menguji ketabahan
yang perlu dibunuh dahulu
 
http://4.bp.blogspot.com/_5esrC5bax20/SyYXwdaagDI/AAAAAAAAAVg/61pUi0HQPbM/s320/kartun+mengajar1.jpg
kenapa cikgu selalu dipersalahkan?
...................
melihat jam
menunggu kelas seterusnya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan:

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...