Isnin

Kisah Malaikat berebut si pembunuh 99 orang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

janganlah dicerca si pembuat dosa
manakan tahu dialah yang akan mengiring mu ke neraka
janganlah dihina si pembuat zina
manakan tahu dialah yang akan mengiring mu di syurga
bertaubatlah selagi masih ada masa
berbuat baiklah selagi nafas terhela
saling mengingatlah selagi masih disuka

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tentunya masa anda kecil-kecil dulu, anda pernah dengar kisah seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang.

Dalam riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi. s.a.w menceritakan bahawa pada zaman dahulu kala ada seorang seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, kemudian hatinya terdetik ingin bertaubat.

Kemudian, dia telah menemui seorang alim dan bertanya adakah taubatnya masih dapat diterima ALLAH. Sayangnya, orang alim tersebut telah memberitahu bahawa taubat pembunuh itu tidak diterima ALLAH kerana telah ramai manusia yang dibunuh.

Bila mendengar jawapan orang alim itu, lelaki tersebut meradang dan telah membunuh orang alim itu maka genaplah mangsa bunuhnya seramai 100 orang. 
Kemudian, dia telah mencari orang alim yang lain pula dan bertanyakan soalan yang sama "Adakah taubatku diterima ALLAH?"

Kali ini, orang alim itu menjawab kemungkinan taubatnya akan diterima ALLAH. Dengan syarat, lelaki tersebut perlu berhijrah ke negeri yang mana penduduknya taat kepada ALLAH. Ini kerana negeri yang didiaminya ketika itu penuh dengan penjahat dan orang tidak taat kepada ALLAH.

Maka, berangkatlah pembunuh tersebut ke negeri yang dimaksudkan dengan niatnya ingin bertaubat kepada ALLAH. Namun, di dalam perjalanannya, lelaki itu telah dipanggil menemui ALLAH dan ajal sebelum sempat tiba di negeri yang ditujunya.

Kemudian, datanglah malaikat rahmat untuk membawa rohnya, tetapi datang pula malaikat azab untuk membawa rohnya. Kedua-dua malaikat ini berebut untuk membawa roh lelaki itu.

Berkatalah malaikat rahmat "Dia telah menempuh perjalanan kerana dia ingin bertaubat kepada ALLAH dan mencari keampunanNya"

Berkatalah malaikat azab " Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali"
kedua-dua malaikat ini telah mengadu kepada ALLAH dan ALLAH telah memerintah malaikat tersebut mengukur jarak perjalanan yang dilalui oleh lelaki tersebut.

Ada pula cerita lain, datanglah satu lagi lain malaikat untuk membantu kedua-dua malaikat ini. Malaikat tersebut mengukut jarak perjalanan yang dilalui oleh lelaki itu.

Tetapi perkara utama dalam cerita itu, malaikat mengukur jarak perjalanan pembunuh itu dari negeri asal ke tempat dia menemui ajal DAN dari tempat dia menemui ajal ke negeri yang ditujuinya.

Ternyatalah, jarak negeri yang ditujuinya dari tempat ajalnya lebih dekat sejengkal daripada negeri asalnya. Maka roh lelaki tersebut telah dibawa oleh malaikat rahmat bermakna taubat lelaki itu telah diterima ALLAH.

Tauladan yang ingin diketengahkan di sini adalah BETAPA BERATNYA DOSA, JIKA PELAKUNYA BERSUNGGUH-SUNGGUH BERTAUBAT DENGAN BERHIJRAH DARI LARANGAN ALLAH KEPADA PERKARA YANG DIPERINTAHKAN ALLAH, MAKA TAUBATNYA AKAN DITERIMA.

sumber cerita tauladan: Mak Ngoh Selamoh
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan:

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...