Ahad

Kenapa Kucing Makan Rumput

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenapa kucing makan rumput?

 

Kucing seperti mana yang kita semua maklum adalah sejenis mamalia karnivor. mana makan rumput. ini bukan kambing atau lembu. kalau tidak dah lama disembelih, panggang, buat sate! hahaha... Ok kita serius balik. 
Untuk pengetahuan semua, kucing tidaklah mempunyai enzim yang boleh menghancurkan serat. oleh kerana makanan kucing (selain pemberian tuannya) adalah haiwan-haiwan berbulu seperti tikus, burung, dan lain-lain lagi yang mempunyai bulu sama sekali tidak boleh dihadamkan. oleh kerana kucing tidak pandai mencabut bulu-bulu tikus sebelum di makan, maka dia perlu mencari alternatif lain untuk mengeluarkan bulu-bulu itu dengan cara memakan rumput. Rumput yang kucing tu makan membantu kucing ni memuntahkan balik segala benda yang tak dapat dihadamkan dalam perut. contohnya gumpalan bulu. Bulu jika tertelan dan tidak dikeluarkan amat bahaya untuk kesihatan kucing dan boleh mengakibatkan radang pada intestine kucing tersebut. kemudian, selepas kucing ni makan rumput, ia akan senyap tidak bergerak beberapa saat, tak lama selepas itu akan merasa mual seperti keracunan, dan kemudian akan memuntahkan sesuatu.

teori kedua pula mengatakan kucing makan rumput adalah kerana untuk mengharapkan dengan makan rumput, ia akan mengakibatkan seperti "keracunan" atau "sakit" kerana untuk mengeluarkan racun atau sakit yang ada dalam perut atau badannya. ini adalah kerana ia mengalami gangguan pencernaan di dalam saluran perut.



boleh pula teringat perkara ini sebelum tidur semalam. mungkin kerana badan yang rasa kurang sihat menyebabkan aku terasa ingin makan rumput juga. hahaha...sebenarnya sebelum ini banyak kali juga nampak kucing sedang makan rumput masa di UPM dulu. jadi kami  buatlah teori kucing makan rumput waktu dia demam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1 ulasan:

Ajaib berkata...

Siapa ada teori kucing makan rumput lagi. Terbaik!

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...