Ahad

ke arah profesyen profesional


rakan-rakan yang dikasihi sekalian. tak perlulah dipanjang-panjangkan pergaduhan dengan saudara Kyo itu. seperti arang di hujung tunggul. hilang bila ditiup angin.

bagi kaca mata masyarakat luar ada juga kebenarannya dari perspektif manusia yang bukan dalam kalangan pendidik. penyiaran di akhbar tentang keadaan sekolah adalah tindakan terburu-buru dan mengikut emosi. kalau dalam pekeliling pun ini adalah kesalahan kerana mana-mana guru tak boleh buat kenyataan media tanpa kebenaran ketua jabatan. (saya tak sentuh tentang maruah dan masalah di sekolah masing-masing. petikan akhbar tu pun sama dengan sekolah saya. tapi bukan hak saya nak war-warkan ke seluruh dunia. cerita dalam kain tu :)...)

sebagai pekerja yang mempunyai organisasi, penyataan begini hanya akan mengeruhkan lagi keadaan (dalam usaha guru ke arah kerjaya profesional) dan mungkin hanya akan menambah aib sekolah si pengadu. saya yakin semua sekolah ada masalah tersendiri. dan kita ada saluran untuk membuat pengaduan.

jadi janganlah terikut-ikut rentak 'tukang bakar'. kalah jadi arang menang jadi abu. sememangnya dia nak menunjukkan profesyen kita ni 'tiada apa-apa'. tapi bukan bermakna kita perlu melenting dan menyinga. tunjukkan betapa profesionalnya kita. masyarakat sudah maklum akan 'lilin'nya kita. jadi jangan layan dia. biarlah dia dengan bayang-bayangnya.

setiap orang masalahnya berbeza.
mungkin berat bagi dia, mungkin ringan bagi kita.

mari amalkan surah al-Insyirah dan al-Asr setiap hari.
moga Allah swt ringankan semua masalah kita.

sekali lagi maaf kalau saya salah.

Tiada ulasan:

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...