Isnin

Manakan dapat ku cari ganti

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"aku nak cari duit.
aku nak beli dua rumah,
satu untuk mak abah,
satu lagi aku nak sewakan"
- hakim (alfatihah)

ayat terakhir arwah
yang saudara aku sampaikan
buat hati aku remuk redam

arwah tak cari rumah untuk dirinya sendiri
sebab dia sudah tahu rumahnya yang satu itu

ya Allah tabahkan hati ku 
hati keras membatu kini mencair lesu
iar mata kini mudah menitis
tiap kali tahiyat akhir di baca

 "Hakim kemalangan, dia dah tak ada"
pertama kali
itulah panggilan telefon yang buat kaki aku lemah 
dan telinga aku kebas untuk dengar ayat-ayat seterusnya

dan dalam hati yang berkecamuk
aku habiskan sisa kerja yang tertangguh
dengan muka kelat
diam seribu bahasa

al-Fatihah buat Qamarul Hakim Bin Abdullah.
semoga dosa-dosanya diringankan-Nya
dan rohnya ditempatkan di bawah
rahmat-Nya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Doa Jenazah

Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburnya, mandikan dia dengan air salju dan air yang sejuk. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kekotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri (atau suami) yang lebih baik daripada isterinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke syurga, peliharalah dia dari siksa kubur dan neraka.” (Muslim 2/663)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kalau awak rasa ini masanya
ziarahlah
biar saya jelaskan 
kepada mereka selebihnya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1 ulasan:

grosir busana muslim berkata...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...