Sabtu

rapsodi parodi mati?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
apa sebenarnya parodi?

"Parody is a specific form of comedy, used to satirize, mock or poke fun at a particular piece of work."
 ("parodi adalah sejenis komedi yang digunakan untuk menyindir, mempermain atau berseronok tentang sesuatu perkara")

http://i.qkme.me/6cyh.jpg

  aku suka akan parodi. 
parodi buat manusia berfikir kritis dan kreatif.
parodi sebenarnya bagi aku menunjukkan satu proses kritikan dan sindiran 
dalam bentuk dan medium yang menyeronokkan iaitu komedi. 
semua orang sukakan komedi. 
maka semua sindiran dihadam dengan mudah audiens sasaran. 
seni parodi ni (peh seni tu...) sebenarnya dari zaman Greek dah ada meh tengok sejarah parodi.
 dan yang paling penting sebelum lihat karya-karya parodi ni
kenalah tonton dulu yang asal atau yang dikritik itu
kalau tak maksudnya tak akan sampai
atau mungkin kita akan tengok dengan muka selenga sebab tak faham?

 tapi kenapa masih ada yang tidak faham apa itu parodi
mesti ada yang panas punggung.

Jumaat

Pagar, Pegar, Batuk dan Batok

 
Dua peribahasa MELAYU yang mempunyai maksud yg TIDAK JELAS

1. Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi.
2. Melepaskan BATUK di tangga.

Setelah menerima penjelasan, peribahasa yang tepat ialah

1. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi.
2. Melepaskan BATOK di tangga.

PEGAR adalah sejenis BURUNG yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka drpd ancaman haiwan-haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya.
Maksud peribahasa ini ialah burung PEGAR yg diharapkan utk menjaga sawah padi tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/68/Pheasant.jpg/240px-Pheasant.jpg
Burung Pegar Jantan
http://www.avhayati.com/wp-content/uploads/sulun.jpg
BATOK pula ialah GAYUNG di yang digunakan untuk membersihkan kaki sebelum naik tangga nak masuk rumah (rumah kampung kan ada tempayan kat depan rumah).
Maksud peribahasa ini ialah sikap membuat kerja sambil lewa, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab.
http://2.bp.blogspot.com/_twPn1_gQ1y4/TE_YVUxXJvI/AAAAAAAAALQ/Ycs-sKjOxKk/s1600/kerajinan+batok.jpg
Batok
Punca kesalahan ini ialah peribahasa yg TEPAT dan TIDAK TEPAT itu sama dan serupa sekiranya ditulis dalam TULISAN JAWI. Mungkin kekeliruan dan kesalahan ini timbul semasa orang Melayu masih aktif munggunakan tulisan jawi.
هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي
ملڤسکن باتوق د تڠݢ

kredit: saudara Maher Lham

Rabu

muka ayu mulut macam ...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


prinsip aku
"Kecantikan Sang Annisa itu kan segera lenyap 
tatkala terpacul kata nista dari jiwa yang ternoda"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ini Ibu Pejabat Polis Muarkan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kring! Kring!

"Hello mana saya boleh buat pembayaran Hari Keluarga?"
"Hari Keluarga? cik nak cakap dengan siapa?"
"ini Ibu Pejabat Polis Muarkan?"

sejak bila rumah aku ni Pejabat Polis!
muka aku ada muka A.Galak ke?

http://1.bp.blogspot.com/_i2xpAK6jw34/THxH7f8tYPI/AAAAAAAABBY/9G3bY8UNVfw/s400/images.jpg

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selasa

Masihkah kau ingat - Adele

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Masihkah kau ingat - Adele

Bila kan ku dapat berjumpa dengan mu semula?
kau tinggalkan aku tanpa lambaian, tanpa sepatah kata terucap,
tanpa ciuman terakhir menyatukan cantuman,
aku buntu apakah keadaan kita

ku tahu ku punya hati sangsi & tawar
mata berpinar dan serabut di kepala

tapi adakah kau ingat?
adakah kau ingat
alasan kau mencintai aku dulu
sayang, tolonglah ingat aku sekali lagi

bilakah kali terakhir kau mengenangku?
atau kau sudah padam aku dari memorimu
aku selalu berfikir di mana khilafku
lebih banyak aku lakukan, semakin aku kurang tahu

ku tahu ku punya hati sangsi & tawar
mata berpinar dan serabut di kepala

tapi adakah kau ingat?
adakah kau ingat
alasan kau mencintai aku dulu
sayang, tolonglah ingat aku sekali lagi

berikan kau ruang agar kau bernafas
ku jarakkan diri agar kau bebas
dan berharap kau temui cebisan yang hilang
untuk kau berikan kembali kepada aku

tapi adakah kau ingat?
adakah kau ingat
alasan kau mencintai aku dulu
sayang, tolonglah ingat aku sekali lagi

bilakah mungkin aku bertemu dengan mu semula?

rujuk lirik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isnin

Anak Malaysia - Aris Ariwatan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

terdengar satu lagu patriotik nyanyian Aris Ariwatan semalam
yang sangat meremangkan bulu tengkuk
 (walaupun yang berbulu ditengkuk bukan manusia)
walaupun lagu lama
tapi ape ada hal
menarik dowh!


1
Padang Besar jadi sempadan
Johor nun di selatan
Aib orang jangan kau hebahkan
Aib orang jadi teladan

2
Gadis Sarawak cantik jelita
Gadis Sabah tambahlah pula
Bukan calang anak kita
Dulu pernah jelajah dunia

3
Tepis ke kanan kalau ada katakan
Kita masih anak hingusan
Sinsingkan lengan demi kamajuan
Jika bangsa jadi taruhan

4
Percayalah kejayaan
Jua jerih doa handai dan taulan
Percayalah kemenanganmu
Buat ayah bonda serta cucu

5
Jangan cuak andai kecundang
Undur setapak salah dipandang
Ayuh bangun bertukang
Mengalah bukan kalah

6
Kita anak malaysia kami anak malaysia
Kami pewaris bangsa rela apa saja
Demi demi malaysia tercinta
Rela berputih tulang untuk aman dan berjaya

7
Ayuh kita anak malaysia
Kita pewaris bangsa rela apa saja
Demi demi malaysia tercita
Rela berputih tulang
Demi untuk aman dan berjaya

8
Usah kami dikecohkan
Dengan dongeng cendiakawan
Lain hulu lain parang
Lain dahulu lain sekarang

(ulang 3, 4, 5, 6)

9
Ayuh bangun anak malaysia
Bangun pewaris bangsa rela apa saja
Demi demi malaysia tercita
Rela berputih tulang
Demi untuk aman dan berjaya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2012

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2012

untuk rujukan penjawat awam bagi tahun 2012
nak rancang kewangan tahunan
nak melancong ke,
nak melabur ke,
nak menyimpan ke,
nak beli perabot baru ke
kekekekeke


nampaknya awal tahun 2012 gaji masuk awal
sebab Tahun Baru Cina
gaji masuk awal juga bulan Ogos
sebab Hari Raya Puasa
bulan November pun sama
sebab perayaan Deepavali
seronok betul hidup berbilang bangsa kat Malaysia
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bukan cengeng

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

baik
benda yang aku takuti selama ini menghantui
perancangan baik sebelum cuti bagai bual kosong tak ada erti
pong pang pong pang
dalam mesyuarat berdegar cadang itu ini
rancang begitu begini

akhirnya
berbalik kepada diri
bukankah sebelum ini sudah dibahagi-bahagi
takkan yang pakar tidak mengerti
aku baru nak tumbuh gigi
ah
aku bukan cengeng
mengamuk sana sini
mak pernah kata
tunai saja tugas diberi
kelak di akhirat balasan diberi

http://7chakra.com/reiki/wp-content/uploads/2009/06/sakit-jiwa2-300x296.jpg
 tunggu dan lihat
jangan sampai
ada orang yang akan dapat darah tinggi tahun depan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...