Sabtu

seperti berbikini hari ini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bertemu dengan orang yang banyak cakap 
(dan bercakap dengan kuat)
di lapangan terbang
sememangnya menyeksakan
terasa aku berbikini di khalayak ramai
hari ini

http://newstechnica.com/wp-content/uploads/2009/08/japanese-man-thong.jpg
adik-adik kecil jangan tengok lama-lama ya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kenapa pertikai hijrah?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kenapa perlu pertikai
kalau atas nama penambahbaikan
"ala berubah ni tak perlu tunggu Maal Hijrah bila-bila pun boleh"
"bro, muhasabah diri sepanjang tahun bro"
"i belum datang serulah"

memanglah boleh bila-bila
(kalau raya tak pulak kata gini)
namun begitu tak salah 
kita duduk satu hari 
kenang kembali apa kita dah buat
sepanjang setahun ini

Salam 
Maal Hijrah 1433H
http://2.bp.blogspot.com/_voZLtZTk5rY/TQJDXbuSyRI/AAAAAAAAADY/fuPJwfr2pDw/s1600/maal_hijrah.png
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Islam Celup & Tak Sebar Mati

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
i
BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya. POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi. CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah..nauzubillah) . > jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan2. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam! (kalau rase sayang ngan org Islam la. kalau tak sayang, x payah forward!) jngan smbong n bongkak..hanya utk pringtn bhwe kiamat suda mghmpiri

SALAM,,PERHATIAN SNGT2........ TOLONG AMIK PERHATIAN!!!..JANGAN MASUK GROUP "*****"...INI KERANA TU IALAH GROUP MURTAD...TUJUAN GROUP ITU IALAH UNTUK MENARIK UMAT ISLAM LAIN UNTUK MURTAD SAMA...TOLONG JANGAN LAH MASUK GROUP ITU...KALAU NAK MASUK JUGA BERHATI-HATI LAH DENGAN ADMIN DIA BERNAMA Q****..DIA AKAN BRAINWASH SECARA HALUS.....JANGAN TERBELIT DENGAN KATA2 DIA YANG INDAH DAN MANIS..BERHATI2 LAH..NI GOLONGAN MURTAD BUAT PAGE INI NAK SURUH SEMUA ORG ISLAM SESAT..INGAT ITU BERHATI2...TOLONG SEBARKAN KPD ORG2 LAIN MENGENAI HAL NI. jika anda sygkn agama islam,, sbarkn ini,, copy&paste (INI SERIUS)

 ok ini dua contoh 
dalam beratus-ratus lagi spam bodoh
tentang jangan itu jangan ini 
berkaitan agama aku Islam yang suci ni.
 persoalannya
kenapa kita (masyarakat Islam Malaysia) begitu rapuh?
takut semacam
semacam paranoid pun ada
betul ke orang kita ni (masyarakat Islam Malaysia)
kena gertak sikit nak murtad?
kena jentik sikit nak murtad?
kena bagi duit sikit nak murtad?
i love u bebeh kiss kiss nak murtad?
http://4.bp.blogspot.com/-k9ohpa9xoV0/TqrIxAuCStI/AAAAAAAAAMg/HskZPsdX_Ro/s400/islam+celup.png 


Jumaat

cerita pasal masuk jawi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hari ini cerita pasal masuk jawi. siapa yang tak pandai mengaji lagi ni? bersunat la... siapa yang nak sunat? yang penting bukan Q. ade ke orang sunat dua kali? itu tanya poet. hahahah


tadi Apin bagi mak duit seratus. duit raya lepas katanya sambil berbisik-bisik
"mak, Apin tak nak sunat kat hospital. apin nak sunat kat klinik". 
kenapa tiba-tiba Apin cakap macam tu. 
rupa-rupanya petang tadi Abah ada kata nak sunatkan Apin kat hospital cuti sekolah ni. 
mau ketar lutut Apin masa tu. wakakakakak... 
dalam keluarga Q tinggal Apin saja yang belum bersunat.
"ala...dulu abang kau sunat siap balik naik motor lagi" 
mak memberanikan Apin
http://4.bp.blogspot.com/_4t4Cx2GcuVs/SxPVL7PLROI/AAAAAAAABYI/o6_4H_tRpW0/s1600/khatan1.jpg

Khamis

Jelajah Sabah

Peta Perlancongan Sabah Negeri Di Bawah Bayu

setakat 2011 ini 
pulau-pulau yang ada di Semporna (Sipadan, Mabul, Kapalai, Matabuan, Sibuan) sudah dijajah
(oh ya tak lupa Bum-Bum. huhuh)
Padas juga sudah dijarah



misi 2012
menawan tanah tertinggi
menjejakkan kaki ke "Tip of Borneo"
bertemu rakan lama di puncak Borneo



Isnin

Cukupkah?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melihat seorang rakan berjaya dalam hidupnya
membuatkan aku terasa kerdil
mana taknya
dalam umur suku abad ini
sebuah restoren besar sudah dimiliki
sebuah kedai dingin beku juga sudah dibeli
diri juga bergelar Haji
tak lama lagi bergelar Suami
membuatkan aku terfikir sesekali

"adakah cukup hidup aku sbegini rupa?"
noktah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad

Kertas Sejarah 2011 kena ulang semula?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perhatian,ini berita terkini dari
kementerian pelajaran
malaysia,Mungkin berita ini
disiarkan lintas langsung pada 8
pagi tadi.Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menetapkan subjek sejarah akan
diulang semula akibat kecuaian
sesetengah pihak.Tarikh
peperiksaan semula sejarah akan
dilakukan pada 18/11/2011.
Untuk maklumat lanjut sila layari
(http://www.moe.gov.my/spm.com
)
Harap Maklum
http://3.bp.blogspot.com/_K272H2Buf5Q/S9foit4LGTI/AAAAAAAAAME/NAtWx6F3X4s/s400/perhatian.jpg

Haha!Sekarang anda dalam
rancangan YOU KENA BEB!
Sebarkan mesej ini kat semua
member SPM kita tengok sapa baca
mesej tak habis.
http://www.moe.gov.my/spm.com


www.moe.gov.my


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...