Sabtu

Juara Hati

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://3.bp.blogspot.com/_8RBRP7wf6J4/TL2dNWMh0LI/AAAAAAAAAIU/H4MYOihBkUw/s1600/heart-stop1.jpg

berdebar.
Mak Milah rasa tak sedap hati. 
sejak dulu sememangnya Mak Milah tak pernah silap 
dalam menujum keadaan anaknya.
tak kiralah yang dekat depan mata 
ataupun jauh beribu batu
pasti diketahuinya.
setiap kali anaknya dalam keadaan susah atau tidak sihat, 
akan berderinglah telefon di poket.
kali ini Mak Milah tak sedap hati
telefon berdering
...
...

Jumaat

Jangan putuskan silaturahim

Oleh Dr Rushdi Ramli
Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul
Akademi Pengajian Islam, UM
 http://zulheqiherlan.files.wordpress.com/2008/01/tangan.jpg
Soalan :
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘memutuskan’ silaturahim? Adakah menjauhkan diri daripada orang yang menzalimi dan bersikap tidak adil terhadap kita juga termasuk dalam kategori ‘memutuskan silaturahim’?

Jawapan :
MENGHUBUNGKAN tali silaturahim, pada asalnya, lebih merujuk kepada hubungan silaturahim sesama kaum kerabat, saudara-mara dan adik-beradik, sama ada kaum kerabat di sebelah bapa ataupun kaum kerabat di sebelah ibu. Bagaimanapun, tidaklah menjadi kesalahan untuk merangkumkan skop silaturahim di sini kepada rakan taulan, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang kita kenali selama ini. Ini adalah kerana Islam sememangnya menekankan kepentingan jalinan kemesraan sesama umatnya.
Menurut Dr. Wahbah Al-Zuhayli di dalam karya tafsirnya al-Tafsir al-Munir, ungkapan ‘silaturahim’ merujuk kepada perbuatan memelihara serta mengekalkan hubungan dengan kesemua kaum kerabat (kaffah al-qarib).
Para ulama’ telah bersepakat berkata, bahawa menghubungkan silaturahim sesama kaum kerabat adalah wajib di mana perbuatan memutuskannya adalah haram, dan mereka yang memutuskannya dianggap telah berdosa.

Khamis

Tertinggal di kelas

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://1.bp.blogspot.com/_GiEc0KdB_vU/Sg50-jxmFUI/AAAAAAAAAQk/XDreeuzBG2o/s400/gambar-guru-mengajar2.jpg

sekarang aku tahu 
mengapa aku kurang mengemaskini blog ini
entri sudah di kepala
isu sudah di jiwa
masuk kelas buka cerita
sesi perbincangan bermula 
isu dan entri tertinggal di sana
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...