Sabtu

Kalau sudah tanggungjawab kata tidak jadi ya juga

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kasihan sungguh dengar keluhan seorang sahabat

Kesibukan mula terasa... Sakit tekak mula menyiksa... Masa tidur sedikit sahaja... Masa makan entah ke mana... Meja kerja bagai dilanggar geruda... Jerawat didahi mula terbina... Jangan merungut sahaja... Kerja tetap kerja... Berkhidmat selagi terdaya... Amanah dipikul seberapa daya... Mendidik anak bangsa sehingga berjaya... Walaupun rasa tidak bermaya... Alangkah indahnya kalau sudah berumahtangga... Hehe...
 kita serupa
 http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/15745_377098200590_252646300590_10198500_2125760_n.jpg
pabila wandy berkata-kata aku anggukkan saja. 
sampaikan salam kepada garuda. katakan kepadanya jangan melawat mejaku. cukuplah sang helang melimpas. 
sampaikan salam juga buat sang jerawat dahi. jangan berani bermain dimukaku. cukuplah serabai dirambut tanda serabut. walau tak mampu kan tetap berdaya. atas nama tanggungjawab kan tetap akur
ya
sememangnya apa juga bidang kerjaya mempunyai cabaran mereka yang tersendiri. tak kiralah warga pendidik, seorang jururawat ataupun seorang arkitek  mempunyai cabaran mereka yang tersendiri. 
waima seorang peniaga roti canai juga kadang-kadang akan mengeluh sudah kekurangan pelanggan. tapi...bila sudah masuk bab perkahwinan tu sememangnya aku sendiri tak boleh buat apa. ya, seorang yang hebat biasanya punya wanita yang hebat dibelakangnya. bukan bersembunyi tetapi memberi motivasi. maka bab ini aku tidak boleh beri nasihat. sebab aku sendiri belum ada 
hahaha

Khamis

cabut

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

terbungkam
hati mati
takut berdiri
angkat tangan, lari

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rabu

Wordless Wednesday Qamarulabdullah #WW

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

boleh ke tidak?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selasa

Serabut Weh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Serabut Weh
Fail!

completely whore




Serabut Weh
Win!


that make i wanna buy a guitar!
betek!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isnin

Peraduan Mengulas buku PTS

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mari kongsikan pendapat, komen, perasaan anda terhadap buku PTS yang sudah anda baca.
Sertai Peraduan Mengulas Buku PTS bermula 27 Jun hingga 31 Julai 2010 ini.
12 pemenang akan dipilih pada setiap minggu berdasarkan 4 kategori ulasan buku. Hadiah berupa buku-buku terbitan PTS menanti pemenang. PTS juga menyediakan 3 hadiah istimewa kepada pengulas yang paling banyak mengulas buku-buku PTS sepanjang peraduan ini.
Cara menyertai peraduan ini sangat mudah. Anda cuma perlu lawati laman web PTS di www.pts.com.my. Kemudian, cari buku yang ingin diulas dan tulis ulasan anda di ruang yang disediakan.
Tunggu apa lagi? Sertailah peraduan julung-julung kali diadakan ini dan jadilah salah seorang daripada 60 orang pemenang hadiah mingguan.

Tempoh Peraduan
Peraduan berlangsung selama 5 minggu bermula dari 27 Jun - 31 Julai 2010. Tarikh ulasan mengikut minggu seperti berikut:

Tips yang gerenti akan dapat temujanji : 18sx

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
cara ini sangat keji
dan tidak digalakkan bagi kanak-kanak bawah umr
bapak budak juga tidak dibenarkan
inikan pula yang sudah bertunang
oh jangan lupa, jangan lakukan ini jika anda orang MALAYSIA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad

Benarkah kartun Utusan mempersenda islam?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yang menjadi persoalan di sini bukan hukum yang dinyatakan
tetapi kejumudan yang ditawarkan
sila teliti dialog ini

"peralatan ini tak boleh jadi saksi, 
sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! 
dia hanya besi...
sudah, baik awak abaikan saja kes ini! 

 jadi dimana keadilan 
jika sesuatu perkara ditolak mentah-mentah tanpa sebarang penyelesaian
sememangnya banyak menimbulkan kekeliruan


(entri ini adalah respon daripada artikel di bawah)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tulisan:  Shamsul Muda


Kartun yang bertajuk 'Kekeliruan kes rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 15 Jun 2011 itu, dianggap banyak pihak sebagai menghina dan mempersenda Islam dan hukum hakamnya.

Namun, jika diamati perkara atau subjek yang dipersenda oleh kartun itu, timbul satu persoalan, benarkah kartun itu menghina Islam?

Subjek yang menjadi bahan persendaan kartun itu ialah 'kemestian mangsa rogol mengemukakan empat saksi semasa membuat aduan bahawa seseorang merogolnya'. Kegagalan berbuat demikian, akan mengakibatkan aduannya tidak diterima walaupun disertakan bukti berbentuk rakaman.

Inilah subjek yang menjadi bahan persendaan kartun itu. Fokuskan pemikiran kepada subjek ini.

Persoalannya, benarkah 'kemestian mangsa rogol mengemukakan empat saksi semasa membuat aduan seseorang merogolnya', adalah hukum Islam yang diturunkan Allah, seperti yang didakwa banyak pihak, sehingga orang yang mempersendakannya dianggap menghina Islam dan hukum hakamnya?

Hadis Nabi SAW berhubung perkara yang dipersenda oleh kartun itu, sangat jelas. Imam Tirmizi telah merekodkan di dalam Sunannya, satu hadis berkenaan satu kes rogol yang pernah berlaku pada zaman Nabi.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Alqamah bin Wail al-Kindi daripada ayahnya itu, diceritakan kisah seorang wanita dirogol semasa beliau dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat.

Wanita yang dirogol secara bersendirian itu telah bertindak memaklumkan kepada orang ramai yang ditemuinya bahawa seseorang telah merogolnya.

Bertindak di atas perkhabaran wanita malang itu, orang ramai telah berjaya menangkap suspek dan menyerahkannya kepada Nabi, setelah disahkan oleh mangsa sendiri bahawa suspek itulah orang yang telah merogolnya.


baca lagi

kalau jodoh tak ke mana

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

malam tadi aku di'basuh' oleh tiga sahabat
soal jodoh dan kehidupan
memang aku akui sukar menerima kenyataan
kenyataan perlu teman dalam berjalan
yang pasti aku tidak punya banyak pilihan
untuk terus atau keluar dari barisan
lorong gelap di hadapan
http://images.celotehandessy.multiply.com/image/dP9aGZc34HBn28HsKMKjbw/photos/1M/300x300/411/question-mark.jpg?et=gdOyJU4%2B2AvY64fH1D7ZGw&nmid=0

ah
kalau cerita tentang jodoh memang memalukan
lagi-lagi bila di'kenen-kenen'kan
boleh buat duduk tak keruan

ah
kalau jodoh tak ke mana
biar tuhan menentukan
biar tuhan merancanakan
aku?
masih menunggu
tunggu dan lihat dari jauh saja
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...