Jumaat

Syukurlah anak kau semuanya menjadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Syukurlah Milah anak kau semuanya menjadi
tak macam anak aku entah apa la nak jadi agaknya"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
selalu tak dengar perbualan ni?
apa maksud menjadi?
menjadi rasaksa?
loyer?
majistret?

kalau nak diikutkan 'menjadi' itu maksudnya lebih kepada sudah berjaya
ya....sudah berjaya
tapi berjaya dari sudut apa?
dah jadi doktor?
ada tanah 10 hektar?
bini 4?
kereta mahal?

baca lagi

Hacked By fRE3d0m

hacker from Newbie3viLc063s
"special credit to: bl4ckm4gicx"

dear admin,
please change ur password. we are not cracker but we are hacher :)
Joker 3viLc063s <-> sYaM92x h3x4Crews <-> h3x4g3n0 h3x4Crews <-> F4kyU tuYu h3x4Crews <-> R4J3 RileksCrews <-> D3viL Pr0xy <-> F4hkRu Raz1 h3x4Crews <-> sh4h RileksCrews <-> Cyberian Mil RileksCrews <-> n0RuL3z 3viLc063s <-> fRE3d0m 3viLc063s <-> RASH 3viLc063s <-> Sch4fyck B4ysch13r h3x4Crews <-> m4s0kis tbd <-> Shu1ch1Sy4d RileksCrews<-> Db0yz RileksCrews <-> bl4ckm4gic 3viLc063s <-> E-sy4d&nbsp; <-> Blacklist RivaL Ha¢kin | Cr³w <-> Th3Us3r Ha¢kin | Cr³w <-> kUcin L1a 3viLc063s <-> Xnkownx 3viLc063s <-> H4zyv4N 3viLc063s <-> Bl4ckhOrnET 3viLc063s<->&nbsp; wakakaH4wk 3viLc063s <-> g0sh4wk 3viLc063s 

All Crews Member | h3x4Crews | RileksCrews | Newbie3viLc063s |

Khamis

Perodua Myvi 2011

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perodua Myvi 2011 terbaru telah dilancarkan secara rasmi tadi yang diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terdapat 3 pilihan untuk pengguna iaitu Standard, Premium dan Elegance.

Kesemua pilihan dilengkapi beg udara berkembar untuk pemandu dan penumpang depan, namun Standard tidak dilengkapi ABS, EBD dan BA seperti mana yang terdapat pada Premium dan Elegance. Bagi pilihan Elegance harga mencecah RM57,908.00 kerana kereta nie paling lengkap antara ketiga-tiga pilhan tadi kerana mendapat tambahan seperti kit badan penuh, panel skrin sesentuh 6 inci dengan sistem GPS dan kusyen kulit.

Bagi pilihan Standard pulak harganya antara RM44,426.00 sehingga RM48,326.00 kerana tidak dilengkapi rim aloi, sebaliknya menggunakan rim besi yang ditutup menggunakan penutup plastik (wheel cap).

Sebelum nie ada ura-ura Myvi terbaru bakal menggunakan enjin berkapasiti 1.5L, malangnya untuk keluaran terbaru nie, Perodua masih mengekalkan enjin 1.3 untuk kesemua 3 pilihan tadi. Pasal enjin nie yang ramai yang kecewa kerana Perodua masih menggunakan enjin lama.
sumber: budakbotak





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ini yang buat aku keliru kembali
nak ambil Myvi 2011 atau Vios ni
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Utusan hina Islam: Apa tindakan kita?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sambungan entry lepas [Utusan Hina Islam]


ya 
cek setuju kalau ampa kata kartun Utusan ini menghina Islam
Utusan sepatutnya menapis dahulu apa yang menjadi isu yang sensetif bagi rakyat Malaysia
lebih-lebih lagi buat umat Islam di Malaysia
jadi kesimpulannya Utusan sememangnya telah melakukan kesilapan
dan Ketua Editor Utusan perlu memberikan penjelasan
kartun ini seolah-olah menolak terus undang-undang Islam
dengan menunjukkan bahawa Undang-undang Islam 
sudah tidak relevan pada zaman sekarang
sekali lagi Utusan menunjukkan pemikiran konservatif mereka kepada dunia
...
baik
apa tindakan kita?
mencarut? mengeji? mengutuk? mengetuk?
'saman'isasi? demonstrasi? memorandum? sodom?

mari tolak idealisma meleis keji
...
tapi setiap yang berlaku mesti ada sebabnya
bagi cek kartun Utusan ini juga bagi cek buka mata

mana taknya
kalau isu ini tak dipapar
ampa semua tak tahu undang-undang Islam
ini penjelasan Ustaz Q nak jugak hehehe

Dalam Undang-undang Jenayah Islam, sesuatu jenayah (contoh: kes rogol) tidak akan dijatuhkan hukum Hudud kepada si pelaku jenayah sekiranya mangsa tidak menghadirkan saksi yang cukup dan benar. dialog yang menyatakan kes itu perlu diabaikan saja jika tidak boleh membawa saksi sememangnya memalukan dan tidak patut diterima. namun begitu Undang-undang Islam tidaklah sekejam dan selemah yang segelintir orang sangka. jangan kita lupa, dalam Undang-undang Islam juga terdapat hukuman Takzir yang dilaksanakan oleh pemerintah. dalam hal ini kaedah penyiasatan, bahan bukti boleh diguna pakai. secara automatik kartun di kolum kedua boleh diterima.



Utusan memang dah salah
ampa semua janganlah buat salah juga

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rabu

Utusan hina Islam: kes rogol

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hangpa dah tengok ka belum kartun Utusan?
cita tentang kekeliruan kes rogol
ini tak boleh jadi
Utusan sudah menghina Islam
apa yang dipaparkan sama sekali menyebabkan orang akan fikir 
undang-undang Islam sudah tidak releven lagi
ampa rasa patut ka kartun ni disiarkan?
apa tindakan kita?

[bersambung]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Belangkas cinta buat Kasaria

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu ‘macam belangkas’ bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina. 

Tapi masih ramai yang tidak atau kurang mengetahui tentang belangkas.
  • Hanya belangkas betina sahaja yang ditangkap untuk dimasak, yang jantan dilepaskan ke pantai.
  • Ini kerana belangkas betina mempunyai banyak isi dan ada telur. (Belangkas jantan kurang isi dan tiada telur).
  • Apabila belangkas melekap (ibarat simpulan bahasa untuk pasangan berkepit 24jam), belangkas jantan melekap dibelakang belangkas betina.
  • Belangkas betina lebih besar dari belangkas jantan.
  • Belangkas dalam Bahasa Inggeris dipanggil "horseshoe crab"

Selasa

Adakah anda mempunyai impian seperti kanak-kanak ini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
adakah anda mempunyai impian seperti kanak-kanak ini?
jika ya, anda seorang yang berjiwa besar
seperti kanak-kanak ini juga
hahaha...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dermasiswa Tunku Abdul Rahman

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengumuman

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dihadiahkan DERMASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Dermasiswa ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada graduan cemerlang dari Institusi Pengajian Tinggi Awam Negara yang berasal daripada keluarga miskin dan daif.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Awam diantara hingga Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Awam diantara 30 September 2011 Anda tidak perlu tunggu selepas Majlis Konvokesyen untuk memohon. Keputusan peperiksaan dan transkrip lengkap memadai.
(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin.
(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
(i) Memperoleh keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK / CGPA 3.50 atau lebih.
(ii) Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang/ aktif dalam ko-kurikulum.

KADAR DERMASISWA
Amaun dermasiswa dan bilangan penerima akan ditentukan secara muktamad dan mutlak oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Sumbangan akan diberi dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN untuk peringkat ijazah pertama sahaja.

PERMOHONAN
Semua Permohonan mesti dibuat dengan sokongan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti anda.Jika tidak ia akan ditolak.
Tarikh tutup permohonan : 30 September 2011.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.
Layari

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isnin

Pasukan bolasepak wanita Iran yang diharamkan FIFA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumaat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alasan team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.
Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.
Iranian women's national soccer team poses before withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman in this June 3, 2011 file photograph. Iran will complain to world soccer's governing body FIFA after its women's team were banned from a qualifying game for next year's Olympics due to their Islamic dress, the ISNA news agency reported on Sunday.
Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.

Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, “Pasukan bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam.”

 “Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab.” Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.
Setelah pembatalan tersebut, team tersebut segera meninggalkan Amman menuju Teheran. Team Iran itu menduduki tangga pertama dan telah bersedia untuk memasuki babak kedua. Ketua Persatuan Kebangsaan Bolasepak Iran, Ali Kaffashian, menyatakan sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan menyatakan, pihaknya akan merujuk hal tersebut kepada FIFA. Kaffashian menegaskan bahwa Iran sebelumnya telah mendapat persetujuan dari ketua FIFA agar para pemainwanita Iran dapat tampil dengan mengenakanpenutup kepala khas untuk menjaga nilai-nilai Islam…

lihat lagi gambar Pasukan Wanita Iran

Ahad

Cara cikgu Samoa hukum budak mencuri

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
setiap negara mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri
cara mereka menyelesaikan masalah juga tidak sama
di Samoa ini lain pula ceritanya
cara seorang guru menghukum pelajarnya 
yang mencuri sememangnya sangat tidak patut
sangat tidak berperikemanusiaan
dipukulnya seperti merogol anak orang lagaknya

http://i2.asntown.net/11/fat-samoan-teacher.jpg

ini videonya


selepas ini adakah budak ini akan insaf dan menyesal
kalau tak menyesal juga boleh bawa ke India
hahaha

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...