Sabtu

Penjelasan: Ayambrand ada daging katak?









~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MAKANAN DALAM TIN BERJENAMA AYAMBRAND MENGANDUNGI DAGING KATAK?
mari kita siasat


baru-baru ini ada tersebar khabar angin di laman-laman sosial mengatakan salah satu makanan dalam tin kegemaran rakyat Malaysia mengandungi bahan terlarang. antaranya adalah makanan dalam tin keluaran syarikat Ayambrand. maka, Q sebagai rakyat Malaysia yang prihatin bertanyakan sendiri kepada Ketua bahagian, Encik Mohammad Hisham Talib.

lamaran paling cool

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

uniknya
melamar kekasih dengan menggunakan triller filem
sesuatu yang baru dan tersangat kreatif
lagi menarik triller flem itu juga turut dibantu oleh keluarga belah perempuan
tersangat cool!
 The happy couple, right after becoming engaged on May 7.
Matt Still and Ginny Joiner

korang tengoklah sendiri 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jumaat

rindu mak abah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
khutbah jumaat hari ini bercerita tentang hormat kepada ibu bapa
juga tak kurang didedahkan jumlah ibu bapa yang terbuang 
di rumah pengasih di seluruh Malaysia
dibuang terajang
dibiar bergelandangan
membuatkan aku rasa terkilan
tapi
aku yakin
di kawasan aku ni tiada berlaku begitu
kenapa?
sebab tiada satu pun rumah orang tua terbina di sini
dan harapnya jangan dibina terus

bercerita tentang ibu bapa
minggu depan aku akan kembali ke semenanjung
bertemu mak dan abah tercinta
yang jauh terpisah
ada juga suara-suara sumbang berkata
" alah, tak payah baliklah. kau tinggal je kat sini. jalan-jalan. membazir duit je balik"

baiklah
begini
kau masih ada ibu dan ayah?
kalau masih ada apa perasaan mereka
kalau kau tak pernah menjenguk walaupun sekejap
ya sekejap

ada satu cerita pada zaman Rasulullah
'terdapat seorang pemuda mengerjakan haji sambil mengendong ibunya,
lalu bertanya pemuda itu kepada Rasulullah,
"adakah aku telah membalas jasa ibuku?"
lalu Rasulullah berkata
"tidak, jauh lebih rendah daripada helaan nafas kesakitan ibumu ketika melahirkanmu"

http://4.bp.blogspot.com/_hUXy4o2P4z4/TS8d-83XsPI/AAAAAAAAAFE/R5B2UjI445s/s1600/doautkparent.jpg
jadi nikmat yang mana kau dustakan?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khamis

port baru

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
semenjak sekolah mula mengaktifkan wifi
tempat lepak terbaru aku adalah 
di Jabatan Sains dan Matematik.
bukan apa
http://www.spiritualsovereignty.com/images/hide-behind-computer.jpg
cuma situ sajalah satu-satunya tempat 
yang aku boleh layari internet tanpa gangguan
bukan buka yang bukan-bukan ya
untuk mencari maklumat sebelum memulakan PnP saja
ops...fb dan blog tidak termasuk senarai diblok
hahaha...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selasa

air dan minyak; dicurah perlahan pun kan tetap terasing

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
walaupun sudah lama cuba aku elakkan
tetap juga berlaku setiap kali bicara
walau sudah lama cuba aku redakan
tetap juga ia membakar kata

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs088.ash2/37734_296621224952_518064952_973815_3326971_n.jpg
[air dicincang tak akan putus]
 
macam air dengan minyak
dicurah perlahan pun kan tetap terasing
idea kami berbeza
tapi aku yakin
kita punya niat yang sama
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Isnin

jangan lalu nanti nampak anu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
masa kecik dulu
memang banyak abang-abang kacak datang kampung ukur tanah
bawa teropong besar-besar
lagi teruja bila mereka teropong sesama sendiri
http://3.bp.blogspot.com/-CQsWP0LB0_I/TZIEbcH9kuI/AAAAAAAAABQ/hud8ri0cKZI/s1600/electronic-theodolite9.gif
theodolite

jadi kami yang masih berhingus pun bertanga
"bang, teropong ni boleh teropong bulan tak?"

abang kacak tu dengan selamba pun jawab
"ini teropong jangan dibuat main
ini teropong x-ray
ini kalau adik lalu depan boleh nampak anu
bogel"

sejak dari tu aku bercita-cita nak beli satu
hahahha
haram jadah

tapi sejak tu jugak aku takut nak lalu depan teropong tu
gila kau abang kacak
gay!




    
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lagu Tema Hari Guru 2011

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lagu Tema Hari Guru 2011
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.izoblog.com/wp-content/store/selamat-hari-guru.jpg
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA 

BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA... SATU MALAYSIA


LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad

Selamat hari guru untuk aku

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.izoblog.com/wp-content/store/2010/05/selamat-hari-guru.jpg
guru; yang mengajar aku tulis-baca-mengira. 
dengan jeritan garaunya
membuktikan aku boleh berjaya
siapa yang kata tak payah sambut Hari Guru, 
jika boleh sambut hari-hari 
sila sambut hari jadi setiap hari. 
ada kau mampu?

Bapa heret anak ketagih Cyber Cafe



Guagnxi Zhuang, China- Seorang bapa, Lu Tan, 39 terpaksa bertindak keras ke atas anak lelakinya berusia 14 tahun dengan mengheretnya dalam keadaan tangan terikat di belakang dan telanjang setelah didapati anaknya tidak menghiraukan nasihat dan amarannya supaya jangan lagi menghabiskan masa dengan bermain permainan komputer.

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...