Sabtu

Senyum

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kawan saya itu seorang yang sangat pendiam. suaranya mahal. senyumnya tak pernah di bibir. kalau saya berjumpa dengannya, sayalah yang paling banyak bercakap. biasanya dia hanya mengiakan. dan dia tidak pernah tersenyum. dia hanya tersenyum kalau saya terbahak-bahak. senyumnya merupakan ketawanya.

hampir sepuluh tahun kami tidak berjumpa, kerana saya telah berpindah. dan dia pun telah berpindah ke tempat lain. setiap waktu saya ingin mencarinya tetapi tidak bertemu.abeh, pada zaman yang canggih teknologi ini, hubungan ini tidak memberikan apa-apa sumbangan terhadap persahabatan kami.

tiba-tiba pada suatu pagi saya tersentak. dia telah dilantik menjadi orang besar politik. diberi jawatan pula. bagaimana ya? berita itu membuatkan saya berusaha untuk mencarinya.

"tak sangka," kata saya sebaik sahaja kami bersalaman dan berpelukan.

dia ketawa, kuat ketawanya. dan senyum juga. lebar senyumannya. saya membesarkan mata.
dia pun ketawa dan tersenyum lagi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"tak percaya?"
giliran aku pula ketawa.
"di sini, pada zaman ini, di negara ini, untuk menjadi pemimpin tak perlu otak.
pandai ketawa, pandai tersenyum, cukup!"


- Mana Sikana-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isnin

tolonglah jangan peribadikan perlancongan sekolah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
menjadi guru pengiring kepada hampir 40 orang pelajar adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan.
 ok Q tipu.
 hari ini sudah masuk dua hari Q mengiringi pelajar Pusat Sumber sekolah ke Kota Kinabalu.
[Gambar: Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu, tempat penginapan kami]

 masih ada tiga hari lagi unuk diharungi.
argh....rupanya tersangatlah tidak selesa.
yelah sudahlah kena jaga anak orang tu satu hallah.

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...