Rabu

Dunia Baru; Musim 2

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam rindu semua
kerinduan untuk menulis semula memang bukan kepalang.
ditambah pula dengan pengalaman sepanjang perjalanan hidup
yang kini jauh berbeza daripada halaman 
membuakkan hati untuk berkongsi.
ya perasaan ingin berkongsi itu memang menyakitkan kepala.
walau ada manusia hidup berdarah panas disekeliling
masih belum mampu membuat diri ini meluahkan segala rasa.
mendam perasaan yang terpendam 
sekali lagi buat kepala aku sakit
...
doakan aku dapat terus menulis
dengan segala kekurangan
kerana ini sahaja cara sakit kepala aku akan hilang
~sigh~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Isnin

Membuka pekung didada?


[1] Perbuatan mencari-cari dan mendedahkan kesalahan dan keaiban seseorang adalah suatu perkara yang jelas larangannya di dalam al-Quran (Surah al-Hujrat, 49 : 12). Sebarang tindakan tersebut dalam apa jua bentuk mesti dijauhi dan ditentang supaya tidak menjadi budaya dalam masyarakat kita khususnya dikalangan umat Islam.

[2] Islam juga melarang ummatnya berprasangka (Surah al-Hujrat, 49 : 12). Larangan tersebut kerana prasangka mendatangkan bahaya dan menyusahkan ramai orang. Bagi mengelakkan wujudnya prasangka, maklumat-maklumat atau berita-berita tentang sesuatu perkara mestilah diambil daripada sumber yang benar dan beretika. Adapun sumber-sumber yang tidak memelihara etika dan sengaja mewujudkan persepsi negatif (sangkaan jahat), mestilah diboikot dan ditentang.

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...