Jumaat

Kilang Munchys ada stor arak?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
baru-baru ini Q ada terima satu SMS 
berkaitan kilang biskut berwarna-warni 
yang agak terkenal di Malaysia. ini SMSnya






JAKIM telah membuat serbuan ke atas Kilang Munchy’s , Batu Pahat dan menemui stor arak. Bosnya dengan bangga dan rasa tak bersalah, mengatakan bahawa arak tersebut untuk dicampurkan di dalam biskut. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara se-Islam bagi kepentingan umat Islam.

Buat masa sekarang, saudara se-Islam diingatkan agar tidak membeli sebarang produk Munchy’s(logo di atas) sehingga sebarang kata putus yang akan dikeluarkan JAKIM.


Sumber daripada pegawai JAKIM Putrajaya, Hj. Jalil B. Raihan.


jadi ini penjelasan daripada pihak JAKIM


Rabu, 14 September 2011

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

Sumber : Laman JAKIM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://thestar.com.my/archives/2009/8/19/southneast/ms_pg08munchy.jpg
jadi jangan percaya secara melulu lagi ya dik
dapat je SMS percaya
dapat je SMS percaya
tuduh itu ini tanpa usul periksa
sekarang dah boleh makan Oat Krunch semula
hahahahaha
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan:

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...