Selasa

Gastrik di bulan puasa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 http://2.bp.blogspot.com/_TLF1DfuQvqo/SqjcYL2__FI/AAAAAAAAAF8/BygY4JwE6YY/s320/asal+puasa..+gastrik.jpg

Apakah wajib bagi seseorang yang mempunyai penyakit gastrik membayar fidyah selain wajib menggantikan puasanya yang tertinggal?

Jawapan.
Mereka yang disahkan oleh doktor mempunyai penyakit gastrik serta tidak mampu meneruskan puasanya, maka dalam keadaan ini seseorang itu di bolehkan berbuka puasa. Bagaimanapun, puasa yang ditinggalkannya itu wajib diganti pada bulan-bulan yang lain tanpa perlu membayar fidyah.
Tetapi sekiranya doktor atau pakar perubatan mengesahkan penyakit gastrik yang dialami boleh membahayakannya atau memudaratkannya, sekiranya dia berpuasa sekalipun di luar bulan Ramadhan maka dia wajib untuk membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkanya. Sebagaimana yang didtetapkan, bilangan fidyah bagi sehari puasa yang ditinggalkan ialah sebanyak secupak beras menyamai 675gram.
Umumnya, pembayaran fidyah tanpa perlu mengqadakan (menggantikan) puasa dikenakan kepada golongan yang mempunyai penyakit yang tiada harapan lagi untuk sembuh serta orang tua yang uzur yang tidak berupaya untuk puasa.
Wallahu A'lam.
Sumber: Jais
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4 ulasan:

izfanora berkata...

islam itu mudah dan indah.. :)

kalau boleh memudaratkan, boleh terkecuali. tp seeloknya, cuba dulu.kdg bila puasa, gastrik jrg melanda. Allah lebih mengetahui. :)

Fyzal berkata...

penyakit biasa bila tiba bulan ramadan. dah tak pelik dah. kadang2 semua tu alasan je padahal mampu je berpuasa.

Q berkata...

izfanora - Islam sememangnya mudah. yang jadi isu puasa je gastrik, tak gastrik pun boleh kata gastrik juga. huhuhu

Q berkata...

Fyzal - kita kena pelik. kenapa orang sanggup menipu gastrik untuk tidak berpuasa

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...