Jumaat

Syukurlah anak kau semuanya menjadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Syukurlah Milah anak kau semuanya menjadi
tak macam anak aku entah apa la nak jadi agaknya"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
selalu tak dengar perbualan ni?
apa maksud menjadi?
menjadi rasaksa?
loyer?
majistret?

kalau nak diikutkan 'menjadi' itu maksudnya lebih kepada sudah berjaya
ya....sudah berjaya
tapi berjaya dari sudut apa?
dah jadi doktor?
ada tanah 10 hektar?
bini 4?
kereta mahal?

baca lagi


ciri-ciri anak berjaya
baik
ini semua adalah persoalan persepsi masyarakat
menjadi atau tidak menjadi itu banyak cabangnya
apa guna jadi doktor kalau kepakarannya gugur bayi dan tanam botox.
apa guna tanah banyak kalau yang dibina itu sebuah kelab malam rasaksa
apa guna duit berjuta jika zakat dan sedekah tiada dalam kamus hidupnya

bagi Q 'menjadi' itu sebenarnya lebih kepada
'berjaya menyenangkan ibu bapa'
menyenangkan bukan bermaksud
menimbunkan emak dan ayah kita dengan duit membukit
bukan..bukan
bukan juga dengan membinakan rumah setinggi gunung
sekurang-kurangnya emak dan ayah kita mampu tersenyum
dan menarik nafas lega
dapat melahirkan anak yang mengenang jasa
bukan wang menimbun yang mereka minta
cuma belas kasih berpanjangan yang mereka damba
tak semestinya kau tak jadi doktor kau tak berjaya
seorang operator kilang juga berjaya
jika hatinya penuh jujur dan santun bahasa

ah!
ini semua soal persepsi
persepsi busuk mengejar duniawi
kereta besar saja tanda berjaya
kerja besar saja tanda gembira
rumah besar saja tanda bahagia

asalkan kau menangis di belakang
disorok muka menagis hiba
datang ke laman bermuka hambar
senyum ketawa
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

7 ulasan:

zaidah berkata...

setuju ngan Q...menjadik nie biasanyer menjadik manusia yang tak menyusahkan mak bapak...atau dengan kata lain anak yang soleh

Q berkata...

Zaidah - tambahan. bukan saja mak dan ayah tetapi menyenagkan manusia disekeliling dan masyarakat setempat.

Taufan Bin Ribut berkata...

tak rase pon dah menjadi.sebab pelum lagi dapat senang kan mak =(


Entri terkini :Tetibe lak rindu kat die #jiwang

Watch my video song!!

Q berkata...

Taufan - walaupun hanya mampu membuat ibumu tersenyum itu sudah memadai

Ms. Dyla Qistina berkata...

"Syukurlah anak kau semuanya menjadi" positif benar ayat ni. marilah kita melihat dari sudut positif2 untuk kemajuan diri juge endaknye. hehehe :)

oit bro. mis u. alhamdulillah bihair. wa anta?

snf berkata...

amin.semoga kita tergolong dlm kalangan anak yg soleh dan solehah yg mmpu membuatkan mak ayah kita senang hati dan bangga dengan kita.." kemurkaan Allah terletak pd kemurkaan ibu bapa"

Qamarul Abdullah berkata...

snf - sentiasa ingat itu...amin~

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...