Jumaat

Respon: Aku da penah maen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Photobucket
so what your problem.

ok hari ni aku nak cerita pula pasal isu yang tengah hangat sehangat karipap-karipap cinta. isu budak baru 14 tahun sudah mengaku tiada dara. sudah 'maen' tiada tinggal apa-apa. jadi demi mempertahankan sisa-sisa maruahnya yang tinggal akibat dicerca dia keluarkan kenyataan berani seperti itu. wacava pun cerita benda yang sama.

     di sini aku bukan nak cerita macam mana dia hilang dara tapi aku nak komen sikit cara 'orang kita' menerima berita-berita semacam ini. dan aku berani kata orang 'KITA' masih lemah IQ mentaliti tahap ketiga suku dalam menerima cerita-cerita Taboo dan Tahyul. aku turut kata diri aku sendiri sebab aku juga dalam komuniti ini.
"selepas kenyataan panas itu keluar maka hebohlah rakyat jelata tentang hal ini. disebabkan rasa malu dan kesal maka datanglah beberapa hamba rakyat yang marhaen mencaci maki mengata buruk kepada perempuan yang hina dina itu. caci maki kasar bak orang gasar memenuhi ruang-ruang atmosfera seperti perempuan hina dina itu selayaknya mati saja."

     ok. biar aku jelaskan. kalau kamu semua lihat, selepas isu ini menjadi hangat, maka tumbuhlah bagai cendawan selepas hujan komentar-komentar busuk mengatakan si pelaku sudah melakukan dosa yang sepertinya sudah tidak layak diampunkan. ini antara komen-komennya:





~gila bodoh!
buat malu dri sendri
haihhh apela nk jd ngan bdk2 skrng nie

~ bodohnya budak tu.

~ mesti bdk pompuan ni bodoh..
sbb mcm la mengaku da maen tu boleh menyelamatkan maruah diri tuh

~ budak ni tak tahu malu ke
memalukan mak bapak je
pergi matila..

~ hahahaha holy shit. Ko dah call out diorg ni, nanti diorg dataaaaaang..... Memang xleh blah la form 2 dah virginity ilang. Muka pun memang melayu totok. Ini kalau jumpa girl mesti gedik / bitchy. Berbulu mata tengok

~ akak doakan supaya korang cepat2 lah mati
Tolong google kat mana lokasi sebenar KB Mall untuk adik berdua terjun nanti.

~ sesungguhnya penzina akan masuk ke neraka. ko adalah antaranya.

~ wahai adik pompuan yg buruk.. dosa ko pegi kat bapak ko.. ko tau tak? bapak ko yg masuk neraka ngn ko nanti. ko la penyebab bapak ko masuk neraka. see your dad in hell. 





HUKUMAN MANDATORI!
     ok. atas ni adalah antara komen-komen yang sempat aku capai dalam mengulas isu ini. [sila google sendiri] nampak tak masalahnya? kalau nampak bagus. bagi yang tak nampak mari aku terangkan. Ya, perbuatan zina itu memang salah. haram disisi agama. maka budak itu memang salah. ok. itu memang sudah tentu. maka itu sama ada antara dia dengan Tuhan atau tindakan selanjutnya bagi pihak berkuasa. jadi apa hak kita untuk menghukum? siapa kita hendak menghukum? siapa yang boleh menghukum? itu aku tinggalkan kepada semua untuk jawab.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"mana ada kami menghukum tapi dia memang layak terima cacian"..(memandang sinis)
ya, kau tak menghukum macam orang Ukraine pukul Ratu Cantiknya sehingga mati. kau tak menghukum macam orang Indonesia pukul penganut agama sesat sampai mati. kau tak hukum belasah macam orang langgar bontot kereta kau sampai nazak. kau menghukum dengan kata-kata. kata-kata kesat, cerca nista seperti dia tidak layak lagi tinggal di muka bumi. bayangkan apa penerimaan orang yang buat salah bila rata-rata 'KITA' kata yang dia sememangnya bodoh, perempuan tak tahu malu, memalukan ibu bapa, tidak layak hidup, dan penghuni neraka. semestinya pesalah akan lebih tertekan dan timbul dalam pemikirannya bahawa apa yang dikatakan itu benar. sekarang dia akan fikir "ya aku bodoh dan memalukan keluarga. aku sudah tak layak hidup. aku adalah ahli neraka". maka sahlah apa yang kita nyatakan sebenarnya bukan mendatangkan kebaikan, malah mengeruhkan keadaan dan menjadi kanser tanpa sedar. keesokan harinya kita akan jumpa mayat perempuan membunuh diri akibat tertekan. jika masih hidup dia akan terus menerus bergelandangan bergelumang dengan maksiat kerana baginya sudah itulah nasibnya. tiada yang akan menghulurkan tangan membantu. keluarganya juga tertekan. siapa yang untung?
kenapa berlaku pembuangan bayi? sebab takut dicerca dimaki
seperti gantung tak bertali
noktah

(menarik nafas tenang)
ya,
buang perkara negatif
ambil dari ruang lingkup positif
cuba fikirkan.
jika berlaku lagi hal sebegini di masa hadapan
alangkah baiknya jika kita sambut dengan tangan terbuka. 
oh, bukan seperti menutup mata menulikan telinga
membiarkan nafsu meraja
bukan...bukan
lebih kepada mencari penyelesaiannya
bukankah lebih baik jika perkara ini berlaku dahulu
kita bimbing sehingga ke arah yang betul laluannya
beri kata-kata nasihat, pujukan kearah kebaikan
insyallah
aku jamin 
serba sedikit akan tergerak hatinya untuk berasa kerdil di sisi Allah
serba sedikit timbul dalam hatinya insaf atas perbuatannya
serba sedikit dia akan mula menjauhi maksiat
dan akhirnya menjadi muslimah dambaan lelaki soleh
bukan dengan menjatuhkan membuta tuli
~~
sekali lagi
siapa kita untuk menghukum
menghukum bukan hak kita
hak kita hanya saling memperingati
nabi Allah sendiri tidak menghukum sekerasnya kepada pesalah 
(baca kisah Perempuan Zina dan Rasulullah)
jadi di sini aku nak mengajak kepada semua supaya berubahlah
tukarlah persepsi kita yang konservatif itu
ubah mentaliti kita
ubahlah mentaliti penganut agama lain tentang agama kita
hak kita memberitahu apa hukumannya bila melakukan kesalahan
tapi bukan hak kita yang menjalankan hukuman
kekerasan dan kekasaran tidak akan mengubah apa
bahkan bertambah keras hati si penerima jika tak kena
nasihat-menasihati amalan mulia
warisan rasul kepada umatnya

kesimpulannya
fikirkan
adakah komen, ulasan atau kritikan kita itu ada 'isi'
jangan cakap kosong
biar apa yang kita tulis boleh meninggalkan kesan
kesan baik
kesan positif
penulisan menunjukkan mentaliti
penulisan penuh prejudis sesat menunjukkan mentaliti songsang
selamat beramal
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ini adalah luahan hati
hasil tadabdur pelbagai peristiwa
ya aku lihat dari perspektif berbeza
dalam kebobrokan masyarakat
yang hidup serba tak kena
maaf aku tak pandai meluah melalui penulisan
nak kena buat vlog agaknya baru mesejnya sampai
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

7 ulasan:

zida berkata...

bila ada pegangan agama, tahu sebenarnya selok belok agama, tapi buat tak tahu dan hanya ikut nafsu semata, memang macam ni la jadinya.

dan

orang melayu pun satu, nak nasihat la konon, tapi bahasa kemain. peh malu je~

salam ziarah dari Cairo,
Zida

Q berkata...

Zida - dalam berbicara kita perlu jelas. matlamat dan maksud perbicaraan kena terang. dalam kes ini semua yang komen lebih kepada luahan rasa diri yang sebenarnya langsung kosong untuk diambil pengajarannya. waima dalam kita menerima berita bencana pun perlu tenang.

Lady RaRa non-illuminati berkata...

oh rasanya Q tak tau lagi apa yang dia reply di fb dia..

elok Q pi cari..

walaupun dah kena hamun satu malaysia, budak ni tak makan saman :)

Fina Fento berkata...

mcm website whatthetred ulas pasal isu ni. rakyat kita sendiri hipokrit.

maki2 budak tu mcm2 tp cuba tengok blogpost masing2 mcm mana pulak. ada jugak post pasal pasangan masing - masing, ada jugak gambar mesra dengan pasangan tapi bila tengok ke komennya lagak orang suci tak pernah buat dosa.

Q berkata...

Lady Rara in da House - Q memang dah perhati tapi dari jauh je la. huhu.. dia jadi begitu disebabkan tekanan dari semua sudut. cuba baca blog dia. gaya penulisannya semacam sedang tertekan. demi menjaga ego yang masih tersisa dan iman yang nipis maka terpacul juga dari hatinya yang semua orang tak sayang dia. dan yang bantu cuma sementara.

Q berkata...

Fina Fento - tak. kami seeeeemua baik. kami cuma peluk-peluk, tapi kami tak bagitahu satu Malaysia kami buat. kalau kami bagitahu, nanti dah tak dapat buat lagi. kami seeeeemua baik. padan mukalah. sapa suruh bagitahu. (tangan di dada, mata ke atas)

~kita dah terbiasa meluahkan komen mengikut emosi melebihi akal.

YOUsoF berkata...

Kalau diaorang masih celik hati, bila² diaorang terbaca komen 'membina' masing² tu mesti terfikir tak patut buat komen macam tu.. tapi bila masing² fikir diri sendiri dah cukup bagus, benda macam ni akan terus berlaku...

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...