Selasa

pembayaran menggunakan Barcode juga boleh silap

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hati-hati dengan penggunaan Barcode?
ya, penggunaan Barcode sememangnya memudahkan proses pengiraan harga barangan di gedung-gedung pasar raya besar. namun begitu, adakah penggunaan Barcode boleh dipercayai 100%? adakah maklumat yang dipaparkan di skrin komputer menunjukkan barangan yang sama anda beli? adakah harga yang dipaparkan sama dengan harga yang ditunjukkan sebelum pembelian?
baik. mari kita jawab satu persatu.
apa itu Barcode atau Kod Berpalang? 
sudah tentu masyarakat di Malaysia sudah tidak asing dengan penggunaan Barcode iaitu palang berjalur berwarna hitam yang biasanya terletak dibahagian belakang sesuatu produk dan biasanya kod ini digunakan untuk mengelaskan jenis barang dan harga. jika ia memudahkan mengapa menjadi isu? 

begini, tidak ada masalah yang timbul dalam ciptaan dua orang mahasiswa Drexel Institute of Technology iaitu Bernard Silver dan Norman Joseph Woodland pada tahun 1948. 
apa yang ingin Q jelaskan adalah kepekaan kita dalam memastikan kita tidak ditipu dalam senyap. bagaimana? mari Q tunjukkan contoh.


Ali membeli sebungkus sosej dengan harga RM2.90
apabila dibaca (scan), barang yang terpapar di skrin
adalah Ayam Bersalut Tepung
dan jumlah yang terpapar adalah RM11.90

Ali tidak puas hati
Ali mengadu harganya tidak benar
jurujual membetulkan kembali nombor kod yang salah ditekan
masih harga yang sama RM 11.90
setelah dua kali mencuba
akhirnya harga diteliti dibahagian penjualan
dan harganya menjadi RM 2.90 semula


ini jika beli satu barang baru perasan. jika beli dengan jumlah yang banyak, adakah kita perasan akan perubahan harga yang berlaku atau kita hanya terus bayar? kesilapan mungkin berlaku ketika pengekodan barang baru sampai dilakukan atau tertukar kod antara dua produk.

http://www.britannica.com/blogs/wp-content/uploads/2008/07/barcode.jpg
maka, sebagai pengguna yang bijak, penyelesaian sementara yang perlu dilakukan adalah dengan:
  1. memastikan harga dan produk yang dipaparkan di skrin komputer ketika Barcode di scan sama dengan harga dan produk yang ingin kita beli. 
  2. jangan malu bertanya dengan jurujual jika berlaku kekeliruan atau keraguan ketika proses pembayaran.
  3. buat belanjawan awal sebelum membeli sesuatu barang supaya keluaran wang lebih efisyen
  4. buat kira-kira ringkas semua barangan yang dibeli sebelum membuat pembayaran.
  5. periksa semula resit yang diberikan dengan barangan yang dibeli.
  6. pastikan barangan tidak di scan dengan menggunakan gigi seperti dalam iklan KitKat (hahaha)


baik, Q mengaku Ali itu adalah Q sendiri.
tetapi adakah akan ada Ali kedua?
itu atas tangan anda sendiri menentukan jawabannya.

Jadilah Pengguna Bijak
bukan
Pembeli Banyak tak Berotak

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

8 ulasan:

soooooour berkata...

x pernah pula nk cek2 ni..amek, bayar, jalan je...hehehe...

Q berkata...

soooooour - lepas dah tau kena la tengok ye. huhu..

Siti Arfah berkata...

Nice entri. Bgus utk pengguna2 d luar sna & juga sy. Stkt neh mmg dh byk ksilpn cmtu sy jmpe, tlis kt brgn hrge len, ble scan hrge len. tp jnis sy mmg xkn pegi cmtu je ble silp2 neh, mst sy akn cek tol2 dlu n fight2 ckp ngn chasier tu dlu,ehe . Kte kne jd pengguna bijak lam zmn neh, xleh smbil lewa ja, at last ape pn xdpt, then kte je yg rugi blik. sory la, terexcited komen pnjg lak. ehe

Q berkata...

Siti Arfah - walaupun kita hidup dizaman berteknologi tinggi jangan sampai kita leka. perlu sentiasa berhati-hati dan peka akan persekitaran.

Siti Arfah berkata...

Em btol tu.^^

Ms. Dyla Qistina berkata...

kite suke la barcode comel2 tu~ :P

Q berkata...

Dyla cute - tak pernah pulak nampak kat mana-mana bungkusan. huhuh

Tanpa Nama berkata...

dlm anatomy of a barcode tu terdpt 3 guard bars.. 3guard bars ini mewakili no 6... yg membawa maksud 666.

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...