Ahad

Kerabu Mangga Spesial

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hari ini dapur aku berasap
ok tipu
tak masak pun
kerabu mana ada masak
tapi hari ni aku buat menu istimewa
KERABU MANGGA
disebabkan hasil kerja aku selalunya comot
tapi jangan risau
masih ada rupa kerabu
hahahaha

http://daftarwarisan.heritage.gov.my/admin/mypicture/20090122_114501_9024_Kerabu%20Mangga%20Muda.jpg

aku ikut resepi ini



Bahan-bahan

1) Mangga muda (2 biji)
2) Daun kesum
3) Bunga kantan (1 batang)
4) Serai (1 batang)
5) Kelapa parut goreng tanpa minyak (1 cawan)
6) Bawang merah (3 ulas)
7) Bawang besar (1 biji)
8) Cili merah (1 biji)
9) Cili padi (4 biji)
10) Udang kering (2 sudu)
11) Sos ikan (1 sudu)
12) Jus limau nipis (1 sudu)
13) Gula (secukup rasa)
14) Garam (secukup rasa)
Arahan

Potong mangga muda halus memanjang.
Campurkan mangga dengan garam dan air. Gaul sebati dan biar seketika untuk kurangkan rasa masam. Toskan airnya.
Hiris nipis bawang merah, bawang besar, cili merah, cili padi, bunga kantan, serai dan daun kesum.
Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan udang kering. Masukkan air limau nipis dan tumbuk sebati.
Masukkan mangga ke dalam mangkuk, bersama bahan ditumbuk, kelapa parut goreng, bahan dipotong, gula, garam dan sos ikan.
Gaul sebati dan hidang.

sumber: TryMasak
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


tapi kalau perempuan tak pandai masak gua terus reject beb

8 ulasan:

Fina Fento berkata...

dah dua hari makan nasi berkerabu mangga. sedap ohh..nasib baik kat kedai. kalau kat rumah siap bertambah la gayanya :P

Pernah try Kerabu Beronok? :D

Lurunna berkata...

terbaekkk!

Q berkata...

Fina fento - kerabu beronok-ronok ada. hahaha

Q berkata...

Lurunna - tengoklah siapa yang buat. haha

pyejal berkata...

makan mangga mengkal2 pun sedap..lagi2 mangga epal.rangup!

Q berkata...

pyejal - peh...jangan cakap bro...mulut dah beasid ni. hahaha

ainol akasyah berkata...

wah terliuh daku

JOM BACA DRAMA NORA ELENA VERSI NOVEL..RUGI KALAU TERLEPAS BACA

Q berkata...

Ainol - meh sini Q buatkan. huhu..

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...