Sabtu

Kalau sudah tanggungjawab kata tidak jadi ya juga

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kasihan sungguh dengar keluhan seorang sahabat

Kesibukan mula terasa... Sakit tekak mula menyiksa... Masa tidur sedikit sahaja... Masa makan entah ke mana... Meja kerja bagai dilanggar geruda... Jerawat didahi mula terbina... Jangan merungut sahaja... Kerja tetap kerja... Berkhidmat selagi terdaya... Amanah dipikul seberapa daya... Mendidik anak bangsa sehingga berjaya... Walaupun rasa tidak bermaya... Alangkah indahnya kalau sudah berumahtangga... Hehe...
 kita serupa
 http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/15745_377098200590_252646300590_10198500_2125760_n.jpg
pabila wandy berkata-kata aku anggukkan saja. 
sampaikan salam kepada garuda. katakan kepadanya jangan melawat mejaku. cukuplah sang helang melimpas. 
sampaikan salam juga buat sang jerawat dahi. jangan berani bermain dimukaku. cukuplah serabai dirambut tanda serabut. walau tak mampu kan tetap berdaya. atas nama tanggungjawab kan tetap akur
ya
sememangnya apa juga bidang kerjaya mempunyai cabaran mereka yang tersendiri. tak kiralah warga pendidik, seorang jururawat ataupun seorang arkitek  mempunyai cabaran mereka yang tersendiri. 
waima seorang peniaga roti canai juga kadang-kadang akan mengeluh sudah kekurangan pelanggan. tapi...bila sudah masuk bab perkahwinan tu sememangnya aku sendiri tak boleh buat apa. ya, seorang yang hebat biasanya punya wanita yang hebat dibelakangnya. bukan bersembunyi tetapi memberi motivasi. maka bab ini aku tidak boleh beri nasihat. sebab aku sendiri belum ada 
hahaha

4 ulasan:

cikpepel berkata...

hmm...amanah tetap dipikul walaupun kadangkala bahu terasa sarat dgn bebanan

Q berkata...

cik pepel - yang penting jangan merungut. merungut rezeki tak lekat. kadang-kadang rezeki dah depan mata. tapi sebab kita merungut dan tak ikhlas rezeki tu terlepas begiyu sahaja

Sephi Sephia berkata...

Hah!
Kelakar entry ni. Hilang sekejap kusut kepala. :)

Q berkata...

kelakar? ini entry sedih la. huhuhu :)

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...