Rabu

Belangkas cinta buat Kasaria

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu ‘macam belangkas’ bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina. 

Tapi masih ramai yang tidak atau kurang mengetahui tentang belangkas.
  • Hanya belangkas betina sahaja yang ditangkap untuk dimasak, yang jantan dilepaskan ke pantai.
  • Ini kerana belangkas betina mempunyai banyak isi dan ada telur. (Belangkas jantan kurang isi dan tiada telur).
  • Apabila belangkas melekap (ibarat simpulan bahasa untuk pasangan berkepit 24jam), belangkas jantan melekap dibelakang belangkas betina.
  • Belangkas betina lebih besar dari belangkas jantan.
  • Belangkas dalam Bahasa Inggeris dipanggil "horseshoe crab"



Di kalangan masyarakat tempatan, belangkas popular sebagai makanan eksotik, manakala kulitnya yang mempunyai bentuk menggerunkan dibuang atau dijadikan bahan hiasan oleh segelintir pengusaha kraftangan.

mudah diperolehi di tepi laut tertamanya sewaktu air pasang besar





Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada ‘ketopong besi’ tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.


Daging dan telur belangkas boleh dimakan. Masyarakat Melayu menyediakan masakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ianya juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ianya bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.


Masak asam pedas kering



sumber: sungailangiq

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mane kasaria nye??hahhah

Q berkata...

tuannya tak kasi tunjuk. huhu

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...