Ahad

Selamat hari guru untuk aku

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.izoblog.com/wp-content/store/2010/05/selamat-hari-guru.jpg
guru; yang mengajar aku tulis-baca-mengira. 
dengan jeritan garaunya
membuktikan aku boleh berjaya
siapa yang kata tak payah sambut Hari Guru, 
jika boleh sambut hari-hari 
sila sambut hari jadi setiap hari. 
ada kau mampu?


bagi aku guru paling banyak berjasa kepada aku.
tak kiralah dia guru matematik, guru sains atau guru bahasa 
guru mengaji, pensyarah, 
semuanya aku tabik.

teringat lagi
semasa aku nakal dulu
bukan setakat rotan
pelempang, dan tarik telinga dah semacam sarapan
itu belum lagi berdiri atas kerusi
asyik terbayang kepala terkena kipas
dan awek tersenyum sewaktu melintas kelas

pernah sekali aku mengeji
entah kenapa mata pelajaran yang aku suka
aku sendiri benci
akhirnya aku tersungkur
dan yang menghulur tangan adalah guru itu sendiri

...
klausa terhenti mati
berdiri aku merasai sendiri
selepas nekad mahu mengabdi
tiada toleh kebelakang 
aku tanamkan azam dalam diri
ya aku akan terus menabur bakti
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan:

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...