Jumaat

rindu mak abah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
khutbah jumaat hari ini bercerita tentang hormat kepada ibu bapa
juga tak kurang didedahkan jumlah ibu bapa yang terbuang 
di rumah pengasih di seluruh Malaysia
dibuang terajang
dibiar bergelandangan
membuatkan aku rasa terkilan
tapi
aku yakin
di kawasan aku ni tiada berlaku begitu
kenapa?
sebab tiada satu pun rumah orang tua terbina di sini
dan harapnya jangan dibina terus

bercerita tentang ibu bapa
minggu depan aku akan kembali ke semenanjung
bertemu mak dan abah tercinta
yang jauh terpisah
ada juga suara-suara sumbang berkata
" alah, tak payah baliklah. kau tinggal je kat sini. jalan-jalan. membazir duit je balik"

baiklah
begini
kau masih ada ibu dan ayah?
kalau masih ada apa perasaan mereka
kalau kau tak pernah menjenguk walaupun sekejap
ya sekejap

ada satu cerita pada zaman Rasulullah
'terdapat seorang pemuda mengerjakan haji sambil mengendong ibunya,
lalu bertanya pemuda itu kepada Rasulullah,
"adakah aku telah membalas jasa ibuku?"
lalu Rasulullah berkata
"tidak, jauh lebih rendah daripada helaan nafas kesakitan ibumu ketika melahirkanmu"

http://4.bp.blogspot.com/_hUXy4o2P4z4/TS8d-83XsPI/AAAAAAAAAFE/R5B2UjI445s/s1600/doautkparent.jpg
jadi nikmat yang mana kau dustakan?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan:

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...