Rabu

Peperiksaan untuk diri sendiri bukan untuk orang lain tahu tak!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terkilan
Panas aku dibuatnya pagi-pagi begini
Aku bertugas menjaga kelas peperiksaan
Walaupun bukan subjek pelajaran aku
Aku penuhi dengan rasa tanggungjawab
Tetapi rasa itu ada sedikit tercarik apabila ada segelintir murid
http://cikgufarizal.com/wp-content/uploads/2008/01/tiru.jpg
Yang menjawab sambil lewa

Yang meniru
Yang fikir mudah segalanya
Ada yang bermain dadu
Tidur selepas bermula juga ada
darah mudaku membuak tak semena
prinsip aku terlanggar
tapi aku kasihan
kasihan mereka menyeksa diri sendiri
aku bukan macam segelintir guru lain
yang akan paling muka
“Lantak kaulah!”
Aku terfikir
Kalau beginilah anak muda
Bagaimana aku mahu menjadi
arkitek bangsa Berjaya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3 ulasan:

Lurunna berkata...

taw xpe...haishhh

Sephi Sephia berkata...

Ye, semacam satu tabiat yang susah dibebat dari dalam diri budak-budak ni. Tapi seronok juga bila budak tengah tidur, cikgu pula pedajal dorang... Sesekali pedajalkan dorang ape salahnya kan?

=)

Q berkata...

Lurunna - bukan dulu kecik2 sama ke? hahaha

Sephi - banyak kali juga pedajal. yang paling teruk pun kutip semua kertas kecuali kertas kecuali budak yang tidur. keluar kelas. lepas tu kejut. haha...

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...