Ahad

Penjelasan: Milo ada daging cacing?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ADAKAH MINUMAN MILO MENGANDUNGI BAHAN PERASA BERASASKAN DAGING CACING?

lepas semalam Q dah dedahkan bahawa produk Ayambrand sememangnya tidak mengandungi sebarang kandungan yang tidak halal. hari ini Q nak kongsikan pula tentang satu lagi produk yang dikatakan mengandungi daging cacing. WOW! daging cacing tu. bagi umat Islam cacing sememangnya HARAM dimakan kerana faktor kotor dan menjijikkan. tak lain dan tak bukan produk yang dikatakan mengandungi bahan 'penyedap rasa' ini adalah minuman koko Milo keluaran Nestle.


Dear Qamarul Abdullah,

Terima kasih di atas pertanyaan pengguna tentang produk Milo yang dikatakan menggunakan cacing sebagai bahan pengawet.

Kami ingin menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Produk kami tidak pernah menggunakan cacing  untuk sebarang tujuan di dalam pemprosesan makanan.

Kesemua produk kami yang dihasilkan di Malaysia adalah disahkan Halal oleh JAKIM. Kesemua bahan yang digunakan adalah bersih, suci dan sememangnya Halal.

Proses pengesahan Halal telah meneliti setiap satu bahan yang digunakan secara terperinci dari segi Halal, kebersihan dan keselamatan terhadap pengguna sebelum sijil Halal dikeluarkan.

Nestle Malaysia juga telah mempromosikan Halal ketahap global sehingga kami dipilih sebagai pusat rujukan bagi produk Halal bagi Nestle di seluruh dunia. Menghasilkan produk Halal adalah amat penting bagi kami dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pengguna terutamanya terhadap pengguna Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

Kami juga mempunyai komiti Halal dalaman sejak sekian lama bagi memantau dan mengembangkan lagi produk Halal ke peringkat antarabangsa.

Logo Halal terdapat pada produk Nestle MILO.

Diharap penjelasan kami dapat membantu pihak Puan dan seterusnya para pengguna yang sentiasa kami hargai.

Jika puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 1 800 88 3433 dan wakil kami sedia membantu.
Sekian terima kasih.  
Yang benar,
Jaime Ng
Khidmat Pengguna Nestle.
Talian Percuma: 1 800 88 3433

 http://qdetactive.files.wordpress.com/2008/10/ternak-cacing.jpg

gila kau. 
aku minum hari-hari tu. pegang cacing pun aku dah nak termuntah inikan pula minum setiap hari. 
tapi cacing biasanya dimasukkan dalam alat-alat kosmetik. ha, siapa yang pakai mekap tu cuba check. kalau tak cacing mesti plasenta bayi. huhuhu. okey yang itu Q akan siasat kemudian.

jadi kesimpulan penyiasatan hari ini ialah:
MINUMAN KOKO MILO TIDAK MENGANDUNGI BAHAN PERASA 
BERASASKAN DAGING CACING?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

18 ulasan:

Rye the X-Superpornstar berkata...

err Q, salam..


nak gitau neh, blog Q neh best tapi sebab saya online guna netbook dan sometimes guna hp, saya tak buleh baca entry blog ni dengan penuh..mebi sebab screen resolution yang kecik so template tepi tu lindung separuh ayat.. hmm camna nak cerita eh? saya print screen pastu email kat Q bagi Q nampak camna..buleh camtu?

sebab rugilah kan, kalau orang yang guna netbook dengan hp tak buleh baca blog kita..

bagi email, saya print screen sekarang

ishiko berkata...

err... sapa yg bg tau guna cacing ni.. T_T"

Q berkata...

Rye - terima kasih atas pandangan. qamarulabdullah@gmail.com

Q berkata...

ishiko - cuba tanya pakcik google. banyak cerita tentang benda ni

ZARA berkata...

ahak.tapi yg tak tahan 'PUAN' qamarul tu. jambu btol. kih3.. pasal mekap yg ada plasenta bayi tu zara ade research sket.. leh tgk sini http://fazara-diamond.blogspot.com/2010/09/kakak-kakak-sila-check-lipstick-anda.html

Q berkata...

ZARA - perasan jugak ye yang bawah tu. saja tak nak buang. nak tunjukkan yang ni memang ori. tak payah pergi jauh. produk yang rosyam nor selalu iklankan pun pakai plasenta biri-biri.

shandye. berkata...

klu diikutkan sangat rumors yg circulated around emails, forums dan sebagainya tuh... semua benda kita takleh makan.

jgn dipercayakan sgt khabar angin tu. yg penting konfiden. mcm produk milo dan ubat gigi colgate tu contohnya... dulu kan kecoh kejap cakap colgate tu haram la mende la....

motifnya?

rakyat malaysia mmg suka propaganda dan politikkan isu remeh. masih di takuk lama. hampeh....

lepas tu dok pompang2 kempen suruh mengundi, sedangkan secara reverse psychology-nya klu dia maw kita keluar mendaftar sebagai mengundi, situasi kena la peaceful in accordance to its authentic and meaningful definition, tak gitu?

hahaha.. termelalut lak...

p/s: tolong singgah ke link ni [Nikon Extra Ordinary Angles] & tekan 'LIKE' buleh tak? thanks in advance!

Q berkata...

Sandye - sebab itu segala kekalutan, kekusutan dan kejumudan perlu dirungkai dengan penjelasan. kalau tidak diterangkan sampai bila-bila orang kita duduk dalam kegelapan. takut dengan kata-kata orang tanpa bukti rasional. serba sedikit melemahkan iman...dan poof! jadilah koko krunch.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

ini sudah baik....kalau mcm tu boleh sambung balik minum la....

Waliz Sani berkata...

salam..pd pendpt sy x pelik langsung kalu depa nak cmpr bnda2 hrm mcm cacing @ katak dll sbb depa bkn org islam so tiada lrgn utk depa cuma kita x leh so kite kene le siasat n kalu dah ada gossip2 tu buat le sesuatu..contohnya bertukar kpd produk org islam..nak minum pun x was2...kita skrg ni dah untung ada pilihan produk muslim atau x muslim...pilihan di tgn anda...

Q berkata...

Waliz Sani - sebagai syarikat besar Q percaya mereka tidak akan buat sesuatu yang boleh menggugat periuk nasi mereka. produk muslimin itu sendiri kena naikkan taraf setanding produk luar. jangan hanya harapkan ehsan sebagai produk 'muslim kena tolong muslim'

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie berkata...

milo la minuman paling syiokkk sekali hehehe

▪imie fatima▪ berkata...

slalu dah dengar tang cacing tu,skrg okeylah dah tahu kebenarannya.lagipun mmg dari dulu minum pun.

Q berkata...

imie fatima - baguslah. yang benar mesti disebarkan betul tak. huhuhu

onlajer berkata...

Kalau burger cacing memang ada di indon,pasaran singapura,malaysia dan thailand

Qamarul Abdullah berkata...

onlajer - burger cacing? euwww!!!
pos sini satu. hahaha

Danial Ashraf berkata...

klau camtu apa effect bahan2 milo dekat badan...ke inih cuma khabar angin biasa je..ke boleh dpt penyakit jntung klau minum milo nih..

Qamarul Abdullah berkata...

Danial Ashraf - ini sekadar khabar angin yang tak berasas. tapi kalau minum sehari satu lori bukan bukan cacing je, semut pun hurung kita sekali. huhuhu

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...