Sabtu

Arak Halal dah Haram?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 http://1.bp.blogspot.com/-waYt4sJk0rY/TeBPeu5tR4I/AAAAAAAAEqc/R8hAA5nMbTw/s400/frontpage.jpg
Nah, 
yang dahulunya haram di'halal'kan kini sudah haram kembali
jangan kau buat-buat terkejut
"alamak kadar alkohol melebihi tahap sebenarnya"
padahal dah berbotol kau teguk
walaupun cuma 0.01%
kalau dah banyak dah berapa peratus?
Tuhan dah kata
"Yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram"
benda syubhah juga haram



aku dari dahulu memang tak berkenan dengan benda ni
sejak benda ni diperkenalkan walaupun datang dari negara Islam sendiri iaitu Turki
Turki sudah lama menganak tirikan Islam itu sendiri
kalau hari ini mereka mencipta arak halal
entah esok lusa mereka mencipta zina halal
cuma kurangkan jumlah pengeluaran mani
atau judi halal
dengan memperkenalkan ToTo Islamik
atau daging ayam berperisa babi?
ini salah satu cara nak biasakan kita dengan dosa
gila kau
kalau dah terbiasa minum arak halal
boleh 'ter'minum arak betul
sebab sama rasa dan rupa
samalah dengan buat maksiat
bila hari-hari cium pipi 
bukan kau mahu satu hari mencari mulutnya?
kalau gejala ini berterusan 
aku yakin umat kita sendiri ragu membezakan 
yang mana halal dan yang mana haram
dan apa respon Majlis Fatwa?
kalau dalam masa terdekat tiada respon
aku sendiri akan bawa ke atas.
halal beer
sumber gambar: beerbeer. walaupun dari laman peminum tegar. kata-katanya juga buat aku sedar betapa bodohnya kita.
"PERANGI SYUBHAH"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, "Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?
Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud: Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan:

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...