Khamis

10 tabiat buruk tanpa sedar yang perlu dibuang



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
setiap orang ada tabiat buruknya tersendiri. 
 http://i238.photobucket.com/albums/ff177/salviaforme/bghabits1.jpg
tabiat buruk ini biasanya dilakukan tanpa disedari. apa, tiada tabiat buruk dalam kehidupan seharian? tahniah...tapi adakah anda pasti tiada satu pun tabiat buruk di bawah tiada pada diri anda? mari kita lihat

tabiat buruk yang ingin Q kongsikan bukanlah tabiat mengeji, mengutuk, bergaduh, mengatakan orang lain pelacur dan sebagainya. ini adalah tabiat buruk yang kadang-kadang kita sendiri tak perasan. ini adalah sepuluh daripada berjuta-juta tabiat buruk yang Q sempat survey.

1) gentel/gulung rambut
http://www.trailerparknews.com/wp-content/uploads/2008/11/worlds-biggest-hairball.jpg
pernah lakukan? biasanya tabiat menggentel atau menggulung hujung rambut dilakukan oleh golongan wanita. ada ke lelaki yang buat tabiat ni?
ada...siapa kata tak ada. kadang-kadang ada yang lebih ekstrem sampai tahap gigit-gigit hujung rambut yang panjang tu. tak tahulah apa rasanya. tapi cik kak oi, jangan biasakan sangat buat tabiat ini sebab tak pasti rambut tu bersih atau tak. main gigit saje. kalau tak mandi satu hari macam mana? uwekk!



2) gigit belakang pen atau pensel

http://4.bp.blogspot.com/_M0X9MzkzNXE/SikTj2-KcCI/AAAAAAAACUk/5KTQgWqdygY/student_chewing%5B3%5D.jpg?imgmax=800tabiat ini memang selalunya dilakukan oleh budak-budak sekolah rendah. jangan kata yang dewasa tak buat. biasalah mungkin masa tengah menulis apa yang cikgu terangkan kat depan korang rasa lapar. nak tak nak gigit jelah pensil tu. ada yang kata mereka buat tabiat ni semasa berfikir. fikir ape tu bang? berangan nak kahwin ke? huhu..






3) gigit kuku

http://4.bp.blogspot.com/_jK_njEpxO-8/SMUb3iHSMQI/AAAAAAAAAJY/VSJeMVKpRjQ/s400/NailBite_01.jpgini satu lagi perangai buruk yang yang budak-budak zaman sekarang kata 'tak boleh blah'. ini dah masuk kategori pengotor ni. dari survey yang Q buat ada dua sebab, yang pertama tak boleh tengok kuku panjang dan yang kedua disebabkan kerisauan yang teramat sangat. tak tahulah betul atau tidak itu kena tanya tuan punya badanlah.







4) bantal busuk?

http://manlukeman.files.wordpress.com/2010/01/bantal1.gif  ha...kategori ni rasanya paling ramai yang ada. jangan kata budak kecil, mak budak dan bapak budak pun ada yang masih simpan bantal retro 90-an aka bantal busuk ni.siap ada yang kata tak boleh tidur kalau tak dapat peluk bantal busuk ni. tak dapat peluk cium bau pun jadilah. eeuuww.....macam manalah baunya tu. air liur basi dari kecik sampai besar semua ada kat situ. kalau letak kat bawah embun semalaman mungkin cendawan shitake boleh tumbuh. mampu kau? hahaha..

5) Panas baran tak bertempat

http://1.bp.blogspot.com/_2TE31G0cRnU/TGpM2fHv46I/AAAAAAAAA-c/_sgw9CuISzI/s400/angry.bmp
bab ni Q pun tersangat marah. bakal-bakal mak mertua sila reject borang permohonan bakal-bakal menantu makcik yang buat perangai begini. kalau makcik nak tengok anak makcik mata lebam sebelah tak sampai sebulan berkahwin sila abaikan nasihat di atas dan buat majlis secara besar-besaran. biar satu kampung tahu. bila satu kampung sudah tahu maka anak makcik akan selamat buat masa 10 tahun berkahwin. ye la siapa yang tak bengang dengan mereka yang panas baran tak bertempat ni. maki hamun memang sentiasa dapat tempat. jaga-jaga jangan sampai kena rembat.


6) kentut merata
http://soundboardfart.com/wp-content/uploads/2010/12/fart_in_space.jpg
kategori manusia ni korang kena faham-faham sendirilah. kalau tak faham kenapa tak boleh kentut merata-rata sila suruh rakan di sebelah anda kentut tepat di muka. hidu sampai habis nafas dan sebut "SAYA OK!".


7) makan dengan mulut terbuka

https://s3.amazonaws.com/luuux-original-files/bookmarklet_uploaded/178441779Noydqz_ph.jpg
ini manusia memang banyak buruk laku. kalau sedang makan janganlah bercakap kunyahlah dulu makanan sampai habis. ini tidak, tangan suap makanan sambil mengunyah sambil bercakap. tak manislah dik. orang tua-tua kata kalau makan mulut terbuka tu maksudnya orang yang tak boleh dipercayai. kalau makan sopan mulut tertutup maka orang tu boleh simpan rahsia. betul ke?


8) kurang tidur

http://www.fullissue.com/wp-content/uploads/2011/01/insomnia1.jpgyang ini kalau blogger dan siswa universiti jangan nak tipulah kata tak pernah tidur lewat. kalau tak sebab layan cerita korea mesti layan blog sampai pagi. kalau iyapun berikanlah sedikit masa untuk tubuh berehat. jangan main 'taram' saja. meragam badan siapa yang susah? korang dan keluarga korang juga yang susahkan. kalau dah lambat tidur mestilah ada yang tuang kelas. kalau dah sampai tahap tuang kelas siapa yang rugi? tetap korang dan keluarga korang jugak. huhuh..


9) korek hidung

http://1.bp.blogspot.com/_sAZ2QLYMRFg/THI5ADhU48I/AAAAAAAAATY/SYVrf2_LFdM/s320/8145.gif ini adalah salah satu tabiat buruk yang paling mengasyikkan. kalau tak percaya boleh tanya orang yang selalu buat. kalau aktiviti ni sedang dijalankan mau buat goyang gerudi inul sekali tu. punyalah asyik. sekali keluar hamekkau! tak dapat den nak bayangkan. yang penting JANGAN SELET di tempat awam!








10) ayat nafi (bukan, tak)
dan yang terakhir adalah penggunaan ayat nafi. mungkin korang tak perasan. kalau setiap kali kita nak mulakan percakapan dengan rakan-rakan akan dimulakan dengan perkataan 'bukan', 'taklah'. tapi ayat tu tak ada kena mengena langsung dengan topik perbincangan.





Entry Berkaitan:
1) 10 tabiat buruk Syuq - Imori Tongue 
2) 10 Tabiat buruk yang perlu dibuang - Princess Nieya
3) 10 Tabiat Buruk Yang Boleh dijumpai - Mdzulhaizer 
4) nikmat hidup - Amazing Nara

10 ulasan:

yunie daliela berkata...

semua tabiat buruk nie.. tak der pade sye... cume 1 jer yg der.. krang masa untuk tidur... hahaha saya sedang kemarok berblogeng sampi lupe masa untuk tidur...sangat leka
(http://manismesradinda.blogspot.com)

Q berkata...

@yunie dalielablogging2 jugak. tapi jangan lupa tidur. kalau bangun lambat sape nak jawab. hahaha

Lurunna berkata...

oke fine...! no 8 ngn 10 saje... =_=' at least tak kentut merata...hakhak

~syuQ berkata...

bantal busuk?? wakakaka..benti je minum susu botol, tabiat nk bantal busuk aku pon otometik ilang..

Q, nati aku share entri aku lak oke..


Parking jap Inai tak merah tanda anak dara tak subur

Q berkata...

@Lurunnasape yang kentut merate nih. hahaha

Q berkata...

@~syuQsyuq berhenti hisap botol bila? hahaha....ok i will wait

yunie daliela berkata...

http://manismesradinda.blogspot.com/2011/03/10-tabiat-buruk-tanpa-sedar-yang-perlu.html?spref=tw

Lurunna berkata...

orang tu la...entah..saper ekk?hakhak

Sephi Sephia berkata...

Fuh, nasib tak ada satu pun!
Bab bantal busyuk tak boleh hadam!

Q berkata...

@Sephi Sephia - mampu kau? hahaha

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...