Sabtu

IF YOU THINK SAFETY IS EXPENSIVE

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
terbang-basikal

IF YOU THINK SAFETY IS EXPENSIVE

TRY ACCIDENT!!

SELAMAT KEMBALI DARI BERCUTI

DENGAN SELAMAT

biar lambat
asal perlahan


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
info: dari awal ops sikap 22
tak pernah kurang dari 10 orang akan terkorban
dan hinga hari ini lebih 200++ orang telah kehilangan nyawa
mengapa ini terjadi
walau banyak peringatan telah diberi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jumaat

berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
cuba tengok gambar ni
gila ramai naik satu motor
ni bukan kat Malaysia ye kawan-kawan
jangan tiru aksi ini di rumah
ingat tak iklan grand livina ni?

Khamis

Different But Same Same : The Sambal Belacan Story


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jalur Gemilang - MY's own Red, White, Blue & Y...Image by imkjgallery.com via Flickr




MASUK PEDAS KELUAR PUN PEDAS!

SELAMAT HARI MALAYSIA

KENAPA LAGU LAST TU ADA SEBUT SINGAPURA?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rabu

RAHSIA DIRI PADA HARIBULAN DILAHIRKAN

Contoh: Kamu dilahirkan pada 24 haribulan. Tengok no. 24
  1. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam  soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang  terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.
  2. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang  dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu  sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.
  3. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani  kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.
  4. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut  perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu  sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri  kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.
  5. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh  memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung  kepada orang-orang yang kamu sayangi.
  6. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup  menarik hati.Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu.  Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain  cinta.
  7. Kamu seorang yang ‘happy go lucky’ dan gemar berseronak. Namun sikap  kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan  kamu.  Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!
  8. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi  pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya  nafsu semata-mata saja!
  9. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan  keterampilan diri di mata orang ramai. “Maintain vouge” manjang! Dalam  soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang ‘setaraf’ juga.
  10. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan  keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam  keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan  buah hati terasa diri terpinggir!
  11. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur  kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga  bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini  terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????
  12. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan.  Sekali kamu memberikan  komitmen, selamanya kamu akan setia.  Namun jangan tak tahu, ramai  yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!
  13. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja.  Sebab  itulah kamu disukai ramai.  Namun dalam masa yang sama, kamu sering  tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu  amat pandai menjaga perhubungan.
  14. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab  itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa.  Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup  kamu!!
  15. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu  secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan  terus bertindak.  Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu  ini yang suka membuat tindakan ‘last minutes’.
  16. Kamu ini seorang yang moody rupanya….Sekejap mood kamu okey dan  sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia  boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.
  17. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri.  Namun sikat penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu  perasaan sebenar kamu.
  18. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi  soal perasaan dan cinta.  Kamu lebih suka memendam perasaan hingga  mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka  sukar untuk melafazkan kata sayang.
  19. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan  termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka  mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.
  20. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab  itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta  itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!
  21. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang  lain ‘ambil mudah’ terhadap diri kamu.  Begitu juga si dia. Lebih baik  kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka  sebelum terlambat.
  22. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi  dan mempunyai impian hidup sendiri.  Dalam soal cinta, kamu akan  memilih seseorang yang kamu akan rasa’ selamat’ bila berada di  sampingnya.
  23. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi  kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping  teman-teman dan si dia.  Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius  dalam hidup.
  24. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta,  kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat  menggongkong si dia.
  25. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan  yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum  sejenis kamu.  Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????
  26. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius  dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan  keseronokan saja!!!!
  27. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun  kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!
  28. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman.  Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu  meminggirkan si dia tanpa disedari.
  29. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja  selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.
  30. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan  si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!
  31. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai  apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!

Hari Malaysia (16-09-1963)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

mengikut wikipedia:
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia.

rujukan (BACA)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selasa

Rahsia Cinta Si Dia Di sebalik Cara Makan

Bagaimana cara makan, begitulah cintanya
” Ish! Pelahapnya dia makan! ‘Cancel’ nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii….teruknya.”
Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha…jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik.
Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.
Makan dengan tenang Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih ‘minat’ dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah! Asyik belek makanan Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat.
Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya! Serius ketika makan Kiranya gaya makan dia okey saja.
Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi ‘wujud’ di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu ‘hilang’ sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!
Makan sambil borak Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. ‘Angin satu badanlah pulak!
Makan sambil kerap Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak ‘dikejar’. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti ‘on time’ dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.
Makan sambil merungut Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!
 

Ahad

Menambat hati lelaki

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?
 
Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Sifat negatif akan membuah kesan negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjuk minat tulin terhadap lelaki
Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.

Dunia Lelaki Yang  Berbeza Dari Wanita
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.
Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang�”

Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.
Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki.
Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.
Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.

Lelaki suka menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.

Lelaki diumpan menerusi matanya
Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya.

Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa
Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.

Q dipertengahan A hingga Z

Q = a-z

 

 hari ni Q nak buat entry tag untuk semua penulis kat laman 100 Penulis ni.

 tag ni Q cipta lama dah dan Q rasa nak main semula

senang saja. nama tag ni 'A-Z'

macam mana nak main?

senang je...korang buat ayat berdasarkan abjad A hinggalah Z

korang boleh tengok contoh kat sini

 

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...