Sabtu

Selamat Hari Raya Aidilfitri

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

salam.

dikesempatan ini saya Qamarul Arifin Abdullah dan keluarga 

ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf andai sepanjang perkenalan saya melakukan kesalahan dan kesilapan. 

moga Allah beri kerahmatan atas kemaafan itu 

dan keberkatan atas Ramadan yang ditinggalkan 

dan rezeki melimpah ruah di Syawal yang menjenguk.

ya Ramadan kali ini mematangkan saya. 

semoga berjumpa lagi Ramadan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kenapa penjaga gol tidak boleh cepat rai kejayaan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

memang memalukan
lagi-lagi apabila nasib pasukan ditangan kita
ini adalah perlawanan antara Maghreb Fez dan FAR Rabat dalam menentukan tempat ke suku akhir Liga Morocco. selepas seri mereka perlu melaksanakan penalti untuk menentukan pemenangnya.
hahaha
bola itu bulat
dalam sukan semua boleh berubah


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jumaat

Rahsia Menambat Hati Perempuan

• Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
• Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu
ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
• Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
• Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
• Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!.
• Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu
disisi mereka.
• Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
• Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
• Jangankamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..
lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah ‘sejuk’. Mungkin kamu juga boleh ‘cool’kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!
 

Rabu

Rahsia Mengenal Lelaki Dari Bulan Kelahiran Islam

Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan. “

Selasa

Isteri dulu, kini, dan selamanya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isteri dahulu


Everything you need tou know about...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam sejahtera
agak terlewat tapi itu bukan tanda Q tak perlu berkhidmat
maaf hari ini kurang sihat maka kurang jugalah intipati yang ingin dikongsikan
ya...hari ini berkaitan kesihatan
memandangkan hampir menjelang hari raya
maka pelbagai juadah dan makanan raya akan bermain-main dalam benak pemikiran kita
tak mengapa teruskan
tak salah cuma jangan membazir sudah
ok
hari ni Q nak kongsikan satu fakta berkenaan
MAKANAN RINGAN aka MAKANAN LAJU


Isnin

RAHSIA DI SEBALIK CIUMAN LELAKI

Artikel ini hanya sesuai dibaca untuk mereka yang sudah berumahtangga sahaja Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman?
Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?
Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi tersendiri.
Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya….
Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.
Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya?
Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi ,itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.
Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda  dan cintanya pada anda terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami  anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan  dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.
Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa  dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!
Kucupan Lutut
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.
Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia  kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda.Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan

Durian merah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isi durian warna merah...sedapnye !!!

 
(sumber: lipas87)

Ahad

Tembikai hati

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buah tembikai neh dikomersilkan di Jepun, negara matahari terbit....


Pelakon Hello Kitty the movie ditemui

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 http://www.babble.com/CS/blogs/strollerderby/hello_kitty.gif
akhirnya pelakon utama untuk 
filem Hello Kitty live action the movie telah 
diumumkan oleh pihak penerbit.dengan anggaran perbelanjaan 
sebanyak 1.2 billion, 
penerbitnya mengganggarkan filem ini 
bakal menjadi filem paling berjaya pada abad ke-21 ini.
maka mempersembahkan
HELLO KITTY!!

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...