Sabtu

RAHSIA GERAK LAKU MENCERMINKAN SIKAP


Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.
1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap
Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.
2.Berpeluk tubuh ketika bercakap
Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.
3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.
4.Mata dan dahi berkerut-kerut
Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.
5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa
Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.
6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap
Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.
7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ) sewaktu kita bercakap
Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.
8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang
Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.
9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap
Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.
10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas
Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya

pisang awak merahlah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buah Pisang berwarna merah jambu...


 



 (sumber: erinsza.com)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jumaat

Buah yang sedih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pokok ni pon dikatakan berasal dari Thailand...sedey tol muka...waaa...


(sumber: bicaramuslim.com)

Khamis

Rahsia Mengenali Lelaki Menerusi Bentuk Anggota Tubuh

Mengenal lelaki menerusi bentuk anggota tubuhnya, dimana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikan oleh orang orang melayu zaman dahulu dalam aspek pergaulan. Walau bagaimanapun, ini merupakan falsafah-falsafah umum.Banyak lagi aspek aspek lain yang perlu di ketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang lelaki.
Kulit
Warna kemerahan tanda pemarah , daya fikir lemah , tidak tetap dalam melakukan pekerjaan .Warna kehijauan kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selelsai .Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuanya .Warna kulit yang sangat putih tanda penyakit dan kekurangan darah .Selain dari itu melambangkan kelakuannya baik.
Rambut
Jika rambut kasar dan keras , itu tanda berani dan otaknya sihat . Jika hitam dan hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna.
Kepala
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal .sederhana tanda berpengetahuan . Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurus nafsu kurang akalnya
Dahi
Dahi luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sederhana luasnya dan berketus tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.
Mata
Mata Yang jarang di kerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak di percayai,dan dia ingin memiliki harta orang lain. Mata yang merah tanda berani tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda di kasihi oleh manusia lain serta panjang umur.Mata yang kerap di kerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan.
Hidung
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Hidung yang rendah dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang hidung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hidung yang luas tanda dengki dan pemarah. Hidung tebal ditengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia yang paing jahat. Hidung mancung tanda bijak dan sempurna akalnya serta penyayang.
Bibir
Bibir yang tebal tanda kurang berakal .Bibir yang nipis tanda suka menghasut. Bibir yang merah tanda sihat.Merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpanyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.
Gigi
Panjang dan besar tanda pendusta.sederhana tanda sempurna kelakuannya. Sempurna rapat tanda jujur.
Dagu
Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya .
Suara
Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap tanda bunyi bodoh .Suara yang merdu tanda jujur tapi kurang bijak.
Mulut
Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut yang sederhana tanda sempurna akalnya.
Telinga
Telinga yang besar tanda berakal tetapi lekas marah. Telinga kecil tanda kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam.
Bahu
Bahu besar tanda kurang akal tapi tanda berani. Bahu yang singkat tanda sukakan pekerjaan yang jahat. Belikat bahu yang di tumbuhi bulu roma tanda kuat berjimak.
Belakang
Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bongkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.
Leher
Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit . Leher besar tanda suka berolok-olok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.
Dada
Dada yang sederhana tanda berakal.Dada yang di tumbuhi bulu tanda kurang berakal dan suka melalkukan perkara jahat.
Lidah
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.
Lengan
Lengan yang panjang ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.
Tapak tangan
Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.
Jari
Jari yang panjang dan lebar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.
Perut
Perut yang besar tanda tidak malu dan berpenyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.
Pinggang
Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada daging tanda keras hati dan takbur.
Betis
Betis yang sederhana tanda sihat.
Kaki
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik.kaki yang besar tanda bodoh.
Tumit
Tumit yang besar tanda sihat . Tumit yang sederhana tanda suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.
Langkah
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaanya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.

Pengumuman kepada semua Muslim Blogger!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengumuman kepada semua blogger muslim (terutamanya yang menggunakan domain blogspot)
mari kita buat satu eksperimen...
cuba buangkan 's' yang terdapat pada URL korang masing-masing
dari Blogspot kepada Blogpot
maka akan terpaparlah 

buah ke susu?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buah Kesusu (Prainea Limpato) atau dikenali juga sebagai Buruni, Ematak, dan Karon.

Dipercayai berasal dari Borneo, namun kajian turut menyatakan bahawa ia boleh ditemui di Malaysia.




Putik buah yang masih muda...




Benjolan keluar sedikit demi sedikit dari putik semasa proses perkembangan buah...




Buah yang masak berwarna oren kehijauan, dan boleh dimakan dengan cara memulas benjolan dari buah tersebut. Rasanya dikatakan manis kemasaman...
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(sumber: fazlisyam.com)

Rabu

Projek 100 penulis

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://100penulis.blogspot.com/
 http://www.bukukita.com/babacms/displaybuku/31712.jpg

Tujuan blog ini diwujudkan ialah untuk memberi kesempatan kepada 100 orang editor bergabung bersama-sama. Kesemua editor ini boleh menulis entry sekerap mana pun untuk apa jenis isi kandungan sekalipun. Bebas membincangkan hal isu semasa, tutorial, promosi produk, promosi affiliate, bisnes online dan sebagainya. Juga boleh menggunakan blog ini sebagai pengumuman kepada update terkini di blog masing-masing yang sedia ada (ala-ala sinopsis/ringkasan beserta backlink atau ping ke blog anda sendiri).

bayangkan terdapat 100 penulis dalam satu blog. segala info, berita dapat dimanfaatkan dan dikongsi bersama.

Kepada yang berminat bolehlah menghantarkan emel kepada 100penulis[at]gmail[dot]com, untuk menerima undangan menjadi barisan editor blog ini. Atau anda boleh tinggalkan komen di bawah jika ada sebarang pertanyaan.
Q mahu jemput kamu semua untuk sertai projek ini sekali
jom kita memeriahkan Blog 100 Penulis
oh ya
sudah sertai jangan lupa bagitau Q kat sini ya
baru Q tau siapa yang dah join
dan sentiasa berhubung
ha...kamu jangan lari
sertai juga:
Azwandy
Aniza
Silent Mono
Zalin
Puteri Dyla
 Dayana
dan kamu!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rahsia Warna Untuk Kesihatan

Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut.
 
HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenal

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik…

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan Berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan

Hujan oh Hujan



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan/keluhan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii…leceh la hujan ni…
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" 
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cikgu Power Murid Sayang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
guru disiplin pengedar ubat peransang seks
Rasanye cikgu tu tersalah ambil jenama ubat ni..nak kongsi jenama ubat perangsang minda pelajar untuk terus cemerlang..tapi salah alamat kot..

kalau cikgu dah boleh berpolitik takkan berniaga, Direct Selling, Multi Level Marketing tak boleh kot

bulan puasa kene positif

gel Abang Best same tak macam KY Jelly

nga...............


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

buah perempuan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Pokok-pokok pelik

Pokok Nareepol (Woman Tree)

Berasal dari wilayah Petchaboon lebih kurang 500 km daripada Bangkok,Thailand.
"Naree" bermaksud wanita atau gadis, dan "pol" bermaksud buah
dan bila dicantumkan jadilah perempuan buah..eh buah perempuan..eh...eh..

Isnin

Semangat Jati Merdeka Pudar? Salah Siapa?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 okey bukak lagu biru dulu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


keliru
cakap salah tak cakap salah
semua jadi serba salah
caca marba bertambah gundah
bukan mahu menuding bukan mahu mengata
mana perginya semangat engkau semua
jangan salahkan guru
jangan tuding murid
mereka semua ada pening-pening lalat sikit
Malaysia makin maju
Malaysia makin malu
Malaysia makin hangat
Malaysia makin panas
Malaysia boleh
rakyatnya ngeleh
ketua kata semangat
anak buah kata sebat
orang luar kaut untung
orang kampung melopong
Malaysia makin maju
Malaysia makin malu
Malaysia makin hangat

Malaysia makin panas
 NEGARAKUku
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

How to Cheat on a Test

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

how to cheat test
“Cheating is not advisable. First, it’s obviously against the rules, and second, you don’t end up learning anything. But if you’ve decided you just have to cheat, these are some ways that could work. Use them at your own risk.
Steps

Kronologi pembentukan Malaysia

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 http://1.bp.blogspot.com/_Kph51o5ClJY/SM5MbTlL5AI/AAAAAAAAAIM/fPnzfKCogrw/s320/bendera.jpg
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53, marilah kita renungkan sejarah pembentukan Malaysia menerusi kronologi peristiwa bersejarah ini.

 Kronologi pembentukan Malaysia adalah seperti berikut:

1945 - Konsep Kesatuan Malaya (Malayan Union) ditubuhkan oleh kerajaan Imperialis Inggeris kononnya untuk menuju ke arah pembentukan kemerdekaan Malaya. Namun, majoriti daripada rakyat tempatan membantah usaha ini kerana ianya menyebabkan pembatalan semua fungsi politik Sultan di sembilan negeri-negeri dan mengeluarkan Singapura dari kesatuan itu.

Contest Merdeka

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pabila kita dijemput secara bertulis
maka wajiblah kita menunaikan hajat tuan rumah
moreh contohnya
hehehe
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kali ini Q sahut cabaran IZYANTY COLLECTION
di Bulan Kemerdekaan Ramadan Al-Mubarak ini
iaitu 
CONTEST MERDEKA

 KEPADA : IZYANTY COLLECTION ( CONTEST MERDEKA )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1.) SIAPAKAH BAPA KEMERDEKAAN ?
         (a) Tunku Abdul Rahman               

2.) BILAKAH DATO SERI DR MAHATHIR MOHAMAD MENGISTIHARKAN NAMA JALUR   
     GEMILANG PADA BENDERA MALAYSIA?
        ( a) 31 Ogos 1997                         

3.) TUN HUSSEIN ONN ADALAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-3, ?
        (a) Betul               
     

4.) TAHUN INI MERUPAKAN TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE- ?
       (b) 53

5.) APAKAH TEMA HARI MERDEKA TAHUN INI ?
       (b) 1 Malaysia Menjana Transformasi      


 KEDUA : LENGKAPKAN SLOGAN

SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA setelah 53 tahun merdeka, kita mampu mengekalkan kemakmuran dan identiti Malaysia melalui proses asimilasi antara kaum. dari geografinya alhamdulillah Malaysia masih lagi terhindar dari sebarang malapetaka yang buruk seperti letusan gunung berapi, kemarau teruk, gempa bumi dan sebagainya. aktiviti sosial juga tidak boleh dikesampingkan. kemajmukan dan sikap toleransi antara kaum menjadikan Malaysia antara negara yang unik. walaupun terdapat beberapa pihak yang ultra-kiasu, namun masih belum mampu menggugat keharmonian negara. Jika keutuhan dan ketaatan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip yang terdapat pada Rukun Negara dapat dipertahankan, maka Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang kuat dan Jalur Gemilang akan tetap berkibar. saya juga bersyukur kerana di Malaysia kita masih lagi boleh mengamalkan kepercayaan masing-masing walaupun di negara lain kepercayaan bukan lagi lesen kebersamaan. keindahan alam merupakan aset bagi sesebuah negara dan Malaysia memilikinya. dan selagi Ali, Ah Cheong dan Rajan boleh berbuka puasa bersama, Malaysia kan tetap berjaya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JANGAN KAHWIN YANG 6

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah
ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam. 
sumber: facebook-tok wan


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Loading Fail...
Under Construction
Temporary in Progress

Ahad

perempuan tanpa alkohol 2

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
buah khuldi+=buah epal? 
dengan keadaan lebih berhati-hati supaya tidak diketawakan
adikku bertanya satu soalan
"kalau lelaki buah khuldi (baca: halkum) kat tekak, 
buah khuldi perempuan kat mana?"

"dah jatuh!"
"dah jatuh?"
"2 dah jatuh!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Diantara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat luas. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam khurofat dan keyakinan bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah asin, anjing-anjing tidak menggonggong, dan beberapa tanda yang jelas bathil dan rusak. Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebathilannya karena tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadist yang mendukungnya. Lalu bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ?
Nabi shallallahu’alaihi wa sallam pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, yaitu:

Bagaimana Bertayamum?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Sejahtera
kalau semalam Q ada kongsikan tentang wuduk yang sempurna
arini Q nak kongsikan pula cara bertayamum

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...