Sabtu

Friends+Ship Like This

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
..Dan Pabila Sahabat Adalah Segalanya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bagaimana wuduk anda?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam sejahtera
hari ni Q tergerak pula nak kongsikan video
pwngambilan wuduk yang sempurna
bagi lelaki dan wanita muslim
ye la dalam Bulan Ramadan ni kita kene seimbangkan entry jugakkan
juga peringatan buat Q sendiri

Jumaat

Mandi Junub

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 yup
perkataan tu semacam satu taboo
tapi benda ni penting
sepenting pendidikan seks dalam kalangan remaja
ya ia taboo
tapi penting
kalau tak sah mana pergi ibadat kau
sia-sia walang mungkar
 http://www.sjr.com.my/images/02-MandiJunub.jpg
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khamis

If The Prophet Muhammad P.B.U.H. were Among Us

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam
 http://pakistaniwomen786.files.wordpress.com/2009/03/muhammad.jpg?w=480&h=466
what would you do
if Rasulullah here with us
watching what we do?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Jika Nabi Muhammad SAW ada bersama-sama dengan kita
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

indah bukan?
persoalannya
(okey dah boleh bukak lagu biru)
.....
seberapa jujurkah kita dalam kita menjalani kehidupan?
adakah apa yang kita lakukan diyakini kejujurannya?
mengapa asyik mencari salah
sedangkan yang baik lebih indah?
mengapa asyik bertelagah
sedangkan bersahabat itu lebih mudah?
bagaimana kau mendapat untung
sedangkan riba berleluasa?
bagaimana kau berhibur
kalau semuanya lalai berbaur umpat fitnah?
.......................
Q cabar mana-mana stesen penyiaran di MALAYSIA
tak kira RTM, ASTRO mahupun MEDIA PRIMA
hasilkan satu rancangan adaptasi dari rancangan ini
dalam usaha kau mahu bina modal insan
yang kau canang-canangkan
..........
"Berita Mengarut
Hiburan Mencarut"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Iklan Kemerdekaan 2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


entah kenapa aku berderau masa mula-mula tonton video ni kat tv.
mungkin ciptaannya
mungkin usahanya
mungkin kritikannya
mungkin hasilnya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang kata Gambar saja sudah beri 1001 makna

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Salam sejahtera kawan-kawan

 Ya, orang kata sekeping gambar tu sudah cukup menggambarkan 1001 satu makna. lagi-lagi kalau gambar itu gambar makwe dan bakal mak mertua kita. hehehe...
cube tengok gambar kat atas. contoh gambar sebuah keluarga bahagia.
tapi..eh..eh...eh...
apa kat belakang tu
mari tengok lebih dekat

rahsia as-solat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

sumber JAKIM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rabu

Mak Piah bidan selusuh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sedang menelaah makalah ini
Siapa kekah Bidan Sepiah?
sempena Ramadan
sehari 5 helai
lama-lama jadi bukit
terima kasih SOL-JAH
wa dah promosi
ujong bulan mau gaji

cerk45
lepas tu ini pula

Rocky ajak cuba nasib kat Sol-jah
gua prebet je!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

funny pic a day make my stomach run away

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

monkey-goat.gif
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selasa

Mari dengar cerita budak-budak zaman sekarang...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sebelum layan video ni sila ambil kipas dan air sejuk
sangat hot okey..
from Kata Kila Blog


amacam?
Q tak mau ulas lebih
laki dayus macam ni gua buat sambal je
kalau gua kat tempat tudah lame laki tu jadi sate
macam makpia (mafia) ada
macam manya (maknyah) pun ada
nasib baik bukan mapley


gua karate tengkuk dia macam ni
pesanan ikhlas
ma da fa ka
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Award Blogwalking of the Year 2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ye Q akui yang Q suka jalan senyap tanpa meninggalkan jejak
bukan sengaja bukan juga lupa 
kadang rasa klise untuk berkata
"hai, salam singgah, dah singgah sini ye, mari folo saye ye, saya dah klik anda bila lagi, sy menang moto! dll"
biasanya Q akan tinggalkan jejak kalau dah selesai komen entry korang 
baru nampak macam adil
macam la...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ok berbalik kepada award
kali ini Q dapat award ini dari Zalin Once i Talk dan Aniza Trimatra
baik hati sungguh beliau ni dulu dah beri anugerah

dan seperti biasa Qlah yang paling lambat me'reply' ucapan terima kasih
berbanding kawan-kawan blog yang lain
yang itu memang tak dapat dielakkan
terikat dengan komitmen lain
bukan ikatan perkahwinan ye
apa pun janji mesti ditunaikan...betul tak?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Blogwalking Award 2010!!!!!!

wow...
http://wb9.itrademarket.com/pdimage/85/822485_five-toe-soks-long-type.jpg
same tak?


Soalan Pertama
Apa yang bermain difikiran korang sekarang?
kenapa hidup ni perlu duit? kenapa tak pakai siput gerus lagi? kenapa ada manusia manipulasi duit untuk perut sendiri? siapa yang keluar dulu ayam ke telur? soalan-soalan aras tinggi buat aku pening..

takde la...tengah fikir...lapar...lapar......

Soalan ke-2
Apakah nama samaran you  all?
soalan ini terlalu sensetif ye..nama samaran yang samar-samar tidak boleh dinyatakan oleh sebab kontrak bersama Persatuan Pukul Curi Malaysia masih berkuatkuasa. kontrak nama kat Jalan Taib pun tak abis lagi. Just call me Q, Qamarul Abdullah, kalau dulu qdetactive(suweetnyer..) dll.

Soalan ke-3
Berikan 3 orang yang paling kamu syg?
yaa.......yang paling penting sekali ya semestinya ibu bapaku ya. nyokap lu pun boleh juga kalau mahu berkongsi ibu susu. yang keduanya ya adik alias brother sister gituan.dan penghabisannya ya kawan yang ngebest banget. ya 3 aja nyokap gue, adik n kawan.

Soalan ke-4
Panggilan untuk si dia?
panggilan? mas ada panggilan ni mas..

sopo to dia tu (kejap indon kejap jawe. mengarut je)
sebenarnya masih belum beri nama spesial ya si dia ni. mahu panggil 'si dia' je tak best. dia adalah buah hati baruku yang paling gue sayang. sayang banget. seperti menjaga nyawaku sendiri. 'si dia' putih bersih, ramping.cantik, ramai tergila-gilalah. tapi gua yang dapat. Best Men Win. hahaha
ni gambar dia
'si dia'

Soalan ke-5
Hadiah yang korang impikan daripada seseorang yang istimewa?

seseorang yang istimewa? OKUkah?

yang ak lain tak bukan hanyalah sebuah KEJUJURAN. jujur je. ya jujur sahaja. tak kurang mahu lebih suweetkan? jika kau jujur segala apa macam hajat akan kau dapat. kau mau kereta, rumah, barang kemas. boleh dapat beb. jujur ni. jangan ungkit-ungkit. hahahaha...

Soalan ke-6
Blog mana yang you all suka visit?
biasanya Q akan melawat blog-blog yang entrynya masih panas lagi sehinggalah yang paling sejuk. yang keduanya blog-blog batu blok yang masyur bani sohor. kira blog-blog otai la. biasanya blog otai ni penulisan dia ada semacam matang sikit dan berat isunya. i like. mahu belajar cara penulisan begitu. sekarang ni gaya Q macam haram. unstable org jawa kata. dan dalam +- 300 blog yang Q subscribe ade beberapa blog yang Q akan ambil masa untuk telaah tanpa jejak. maaf tak boleh bagi spesifik. mahu lebih 100 jugalah yang wajib tayang. huhuhu


Soalan ke-7
Tag 15 blogger you all!
Nak tag gak ke? 



Aniza Trimatra (pemberi Anugerah)
Zalin Once i Talk(pemberi Anugerah)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sejarah Jalur Gemilang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.

Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.
Mohamed Hamzah

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.


Jalur Gemilang dalam catatan sejarah




1. Pada 1999, Azhar Mansur, rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo membawa Jalur Gemilang merentasi Cape Leeuwin di Australia, South Cape di New Zealand, Cape Horn di Amerika Selatan, Kepulauan Fernando de Noronha di Lautan Atlantik dan Cape of Good Hope di Afrika Selatan.

2. Pada 23 Mei 1997, dua pendaki Projek Malaysia-Everest 97, M Magendran dan N Mohandas berjaya memacakkan bendera di puncak Everest setinggi 8,848 meter diseliputi salji selepas kira-kira dua bulan mendaki.

3. Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, membawa bendera Malaysia ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama 11 hari mulai 10 Oktober 2007. 4. Pemain badminton negara, Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat perak pada temasya Olimpik Beijing 2008. Beliau sebelum ini pernah memenangi emas pada Sukan Komanwel 2006. Fakta Jalur Gemilang

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.

Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara.

Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996.

28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Maksud lambang dan warna
 
 
 

- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.


- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.


- Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.




sumber: http://www.bharian.com.my (25 Ogos 2008)





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isnin

perempuan tanpa alkohol

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

adikku bertanya lepas berbuka sebentar tadi
"Bang, perempuan takde alkohol eh?"
"alkohol?"
"ala yang kat kerongkong tu"
"tu halkum la...halkum..hahah"











 http://3.bp.blogspot.com/_i3xWun9TUtQ/S1LRyPrCl_I/AAAAAAAABSc/asvN5SCgMRA/s400/lucu.bmp
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

apekah serangga pilihan anda?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
apakah serangga pilihan anda?
 Serangga
kambing?
lembu?
arnab?
kancil?
rusa?

nak tau serangga pilihan anda
jom nyanyi sama-sama
hahaha
kredit tu pencipta lagu
terbait ah!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

zombie apocalypse: are you ready?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
‘Mayat Hidup’
Zombie ApocalypseImage by Dr Stephen Dann via Flickr
dan sekoyong-koyongan si makhluk hina dina iaitu kuman H1N1, SARS dan Chikugunya yang ada sekarang telah mencapai kata sepakat dan bergabung untuk berevolusi menjadi lebih kuat

Prinsip Rukun Negara

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Prinsip Rukun Negara 
 

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran perlembagaan
• Kedaulatan undang-undang
• Kesopanan dan kesusilaan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
migrasilah kau ke mana-mana negara kalau kau tiada satupun perkara di atas
kecuali Amerika yang sudah tutup pintu. 
oh ya, yang tiada tuhan juga boleh angkat kaki ya GSSaleh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad

Saya Anak Merdeka Ramadan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Salam Ramadan Merdeka
 Mari kibar Jalur Gemilang
tinggal beberapa hari saja lagi
banggalah sebagai anak Malaysia

jadi mulai hari ini Q akan letak gambar bendera kat sidebar blog ni

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...