Rabu

Diari Seorang Guru Pelatih#18

23 Mac (Selasa)

Hari yang sangat nyaman dan damai. Sebab hari ini hujan di sebelah pagi. Hujan banyak beri kesan. Kelas ganti aku hari ini tak perlu berlari-lari, menjerit-jerit minta mereka senyap atau masuk ke kelas. Tidur ya tidur. Semua yang terejal tidur dengan nyenyaknya. Suka hati kaulah labu...janji kelas terkawal. pengajaran hari ini semuanya berkaitan syair. Tingkatan 4 dengan "Syair Definisi Orang Berakal" dan tingkatan 2 dengan "Syair pesanan ibu". Jadi satu hari itu aku melagukan syair. Hahaha...tak boleh bayang wajah murid-murid yang tak tau nak lagukan syair selama ini. Terkesima semuanya.

Kata-kata best hari ini - WoW...

Diari Seorang Guru Pelatih#17

22 Mac (isnin)

Wah, akhirnya aku kembali ke sekolah!! Sangat teruja. Oh ya, masuk hari ini bermakna aku cuma tinggal 8 minggu sahaja berada di sekolah. Hari ini Cuma satu kelas sahaja. Itupun kami hanya berbincang berkenaan keputusan ujian bahasa melayu yang mereka perolehi. Alhamdulillah mereka lulus cemerlang. Paling rendah pun 59 peratus. Itupun sebab karangan salah format. Takpe boleh cuba lagi. Jangan mengalah. Chaiyok!!

Kata-kata best hari ini -

Diari Seorang Guru Pelatih#16

13-21 Mac

Cuti

Diari Seorang Guru Pelatih#15

12 Mac (Jumaat)

Hari ini aku berbaju melayu kuning bersampin merah. PnP seperti biasa. mengajar tingkatan empat membuat ayat. Hari ini juga buat persiapan untuk program eksplorace anjuran kelab bahasa inggeris. Aku ditugaskan menjaga unit fotografi. yang buat aku teruja adalah komitmen dan semangat murid yang nak menyertainya.

Kata-kata best hari ini - Cikgu ada kamera?

Diari Seorang Guru Pelatih#14

11 Mac (Khamis)

Hari terakhir ujian untuk minggu ini merupakan penamat bagi ‘cuti’ sekolah aku. Bukan cuti apa, Cuma cuti mengajar saja. Jaga periksa tetap kena jaga. Tak perlu susah-susah dalam seminggu membuat rancangan pengajaran. Cuti sekolah minggu depan? Yang tu jangan kacau. Itu minggu privasi aku.
Hari ini jaga kelas tingkatan tiga yang agak terkebelakang. Peperiksaan hari ini adalah Kemahiran Hidup. Malangnya tak sampai 15 minit dan siap. semua main baling dadu. lepas tu semua macam cacing kepanasan. bising. adui boleh tahan juga dugaan hari ini.

Kata-kata best hari ini - Cikgu, tanggam tu ape cikgu?

Diari Seorang Guru Pelatih#13

10 Mac (Rabu)

Seperti biasa hari rabu adalah hari koko. Dan aku memilih berbaju korporat ke sekolah. Agak kelakar bila ada cikgu yang ‘gelabah’ bila tengok aku. Ai macam pegawai pendidikan daerah pulak rasanya. Hahaha...
Hari ini masih lagi dalam minggu ujian. Seperti semalam budak yang bernama david itu masih lagi tidur sebaik saja dapat kertas ujian. Setelah dijeling beberapa kali baru terhegeh hegeh nak cari pensil.

Kata-kata best hari ini - kesian betul saya tengok awak macam ni..

Diari Seorang Guru Pelatih#12

9 mac (Selasa)

Nampaknya keseronokan semalam tidak berpanjangan.
1. Terpaksa mengantikan cikgu yang sepatutnya dapat kelas ganti tu. Kelas seperti kapal karam. Hampir-hampir berlaku pergaduhan didalam kelas tadi. Dengan keberanian dan tawakal aku terpaksa campur tangan. Yang dari kelas lain aku minta balik ke kelas masing. Agak mencemaskan sebenarnya. Bayangkan kalau aku silap langkah atau silap cakap tak pasal-pasal aku turut di’kroyok’nya. Alhamdulillah setakat ini dalam tiga minggu aku berkhidmat tak ada apa yang buruk yang berlaku. Hasrul lagi advance siap budak ajak gaduh lagi. Tapi ingatan dan pesanan aku jangan la kita terlibat dalam sebarang perkara yang boleh menjejaskan masa depan kita. Nak tegur atau marah murid bagi guru praktikal macam kita ni kena lain sikit caranya berbanding guru tetap. Lebih kepada cara diplomasi.
2. Cikgu Zainudin tambah kredit kelas. Dan kelas yang akan aku galas adalah kelas tingkatan lima yang paling akhir. Macam nak jerit je. Yang kelas pertengahan pun tak terbawak. “saya nak bagi awak rasa pengalaman sikit” kata cikgu zainudin. Hahaha...aku ketawa dalam tangisan.
3. “cikgu praktikal jangan lupa projek kamu” kata pengetua mengingatkan tentang Mural. Kami terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya UPM, UPSI, UKM, GSTT dll. Wa...dinding pun tak pilih lagi.
4. Rasa sedikit kecewa bila menjaga murid menduduki ujian tadi. Dapat je kertas terus tidur. Apela...sekurang-kurangnya cuba la jawab. Bukan terus give up.tak dapat 100% pun cuba dapatkan 10% sekurang-kurangnya bukan telur. Haih macam-macam...
5. Mahu sembunyikan segala jawatan, status, kebolehan yang ada sebelum ini di universiti. Bukan mahu mengelak diri atau menyembunyikan diri dari aktiviti. Cuma mahu ada masa untuk bernafas sendiri. Jangan dilonggokkan selepuk atas muka kami.
6. Kecewa juga ada yang mementingkan diri. Tidak mahu kita lebih dari dia. Segala yang ada disimpannya tidak mahu berkongsi dan apa yang kita ada dikoreknya. Manusia...manusia...
Harapnya hari esok lebih baik

Kata-kata best hari ini- “jangan gaduh dalam kelas saya”

Diari Seorang Guru Pelatih#11

8 mac (isnin)

Permulaan bagi segala hari yang baik. Minggu peperiksaan minggu selesa bagi aku noktah
Sabtu ini aku ditugaskan oleh teacher Tan untuk mengetuai unit fotografi membuat pengambaran sepanjang sesi pertandingan eksplorace yang akan diadakan sekitar Dataran Pahlawan. Sangat teruja namun tugas berat menanti.
Berita baik telah menyejukkan hari yang panas hari ini. Berborak dengan cikgu khairudin dan cikgu zainudin. “setakat ini kamu bertiga dapat pujian dari guru-guru. Teruskan usaha”
Sebelum usai balik ke rumah Cikgu Zainudin datang bertemu kami. “esok datang jumpa saya, saya nak tambah bilangan masa mengajar kamu”. What?

Kata-kata best hari ini- “Wah, kamu sekarang dah macam pisang goreng panas, semua berebut” Cikgu Zawiyah

Diari Seorang Guru Pelatih#10

5 mac (Jumaat)

Hari ini kami berbaju melayu ke sekolah. Aku berbaju melayu hijau bersampin hijau. Ramai yang puji. Tapi mintak maaf la cikgu saya tak makan puji. Dan buat pertama kalinya mood tidak baik datang masa mengajar. Dan yang jadi mangsa budak-budak ting.4. mana taknya dalam aku dah mengajar adela plak seorang budak dari kelas lain terselit kat kelas tu. Ape lagi lepas proses halau yang lain la jadi mangsa. Dan dalam sejarah hidup aku sesi PnP membebel menjadi set induksi. Ok ok cool.....lepas tu dah takde mood mengajar ape lagi main permainan saja la. Esok nak pegi cari hadiah untuk kumpulan yang menang. Dah janji nak bagi hadiah nak buat macam mana.

Kata-kata best hari ini- “bukan songkok ni kecik, kepala saya tiba-tiba besar”

Diari Seorang Guru Pelatih#9

4 mac (khamis)

Hari yang agak kelam kabut. Aku ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis aka pengerusi forum untuk majlis ikrar pelajar yang akan mengambil pmr dan spm. Sangat-sangat terkejut. Selama ini kita suruh orang jadi mc tapi sekarang kita pula jadi mc. Tapi alhamdulillah mendapat pujian dari guru-guru.
Disebelah petang kami ditugaskan menjaga gerai di MITC. Tersangat ramailah orang. Jualan pun agak memberansangkan. Cikgu faiz siap jual loket mutiara lagi kat gerai tu. Cantik tapi kalau aku beli pun masih belum ada yang layak memakainya. Sememangnya digerai tugas aku membuat rojak. Ya rojak sangat laku. Dengan hasrul dan zaidee yang sangat hebat promosinya. Rojak antarabangsalah, rojak buah lompat-lompatlah, rojak buah Muarlah dan macam-macam lagi. Yang penting kami seronok.

Kata-kata best hari ini- mari,mari,mari...!!!

Diari Seorang Guru Pelatih#8

3 mac (rabu)

Hari yang agak menarik minat aku kerana hari ini adalah hari kokurikulum dan hari ini juga merupakan hari murid-murid semua berbaju uniform. Hari ini pengakap ambil alih untuk mengetuai pasukan berunifom lain dalam perhimpunan. Yang aku kesal mereka buat sambil lewa. Komander pun lembik. Bagi arahan pun salah. Tiba-tiba timbul semangat dalam hati aku. Bulan depan KRS akan ketuai perbarisan badan berunifom. Jadi sudah tanggungjawab aku untuk latih mereka supaya jadi lebih baik. Barulah yang lain buka mata. Barula semua nampak ‘perkasa’nya KRS.
Pengajaran seperti biasa. Tiada apa yang menarik yang hendak dikongsikan.
Malamnya aku, hasrul dan zaidee ke MITC mengemas dan menghias gerai yang disediakan untuk sekolah berniaga. Cadangnya hendak berrniaga cendol, buah potong dan ice blend. Agak menarik. Kita tunggu je la esok bagai mana sambutannya.

Kata-kata best hari ini- Sekolah....senang diri!!!(komander kawad)

Diari Seorang Guru Pelatih#7

2 mac
Hari kedua dalam bulan ketiga tahun ini aku jalani seperti hari-hari sebelumnya. Penuh dengan cabaran, kejutan, berdepan dengan situasi spontan yang memerlukan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapinya.
Untuk pengajaran hari ini, aku telah mengajarkan cerpen “Ibu dan Ceper” kepada murid-murid ting.4 dan Sajak “Mata Ayah” kepada murid-murid ting.2. terdapat sedikit kecewa kerana rata-rata murid kelas ting 4 tidak membacanya dahulu. Maka terpaksalah aku menerangkan ringkasan cerita sehingga memakan masa yang agak lama. Kejutan terjadi apabila cikgu latifah datang menyelia secara mengejut. Bayangkan dengan keadaan budak yang masih ‘blur’ aku terpaksa meneruskan pembelajaran.
Untuk kelas ting. 2 lain pula cerita. Dengan masa terhad satu masa aku mengajar dengan memulakan induksi setnya dengan aku sendiri mendeklamasikan sajak. Terdiam, terkedu dan ternganga mereka semua. Teruja kerana sebelum ini mereka tidak pernah dengar cara mendeklamasikan dengan betul. Alhamdulillah mereka semua minat akan sajak selepas itu.
Hari ini juga bertemu dengan pegawai penyelia dari IPG bukit cina. Dari penerangan yang beliau berikan menjadikan kami makin terkedu jika beliau datang menyelia. Mana taknya semua aspek mahu diuji. Apa-apa pun itu adalah cabaran dan cabaran sememangnya ‘seronok’ ditempuhi. hahaha

Kata-kata best hari ini- mulai minggu depan cikgu Qamarul akan mengajar kawat kaki. Cikgu Qamarul tahu tak kawat? T-T

Diari Seorang Guru Pelatih#6

1 mac
Hari ini aku Cuma mempunyai satu kelas itupun pukul 1 petang. Maknanya sepanjang waktu pagi isnin merupakan satu nikmat bagi aku. Bukan ape, Cuma dapatlah merehatkan diri sebentar. Kelas ganti pun tiada untuk hari ini. Seronok sungguh.
Hari ini juga aku diberikan tugasan yang boleh tahan mencabar iaitu menjadi pengerusi majlis untuk satu majlis ikrar pelajar yang akan mengambil peperiksaan besar untuk tahun ini. Mencabar kerana sebelum ini aku hanya melihat orang lain mengacarakan majlis tapi kali ini aku sendiri yang kena buat. Baik cikgu…nanti saya buat teks ucapannya. Hahaha…
“Hari ini guru praktikal dari upsi akan datang” kata cikgu Aniza yang duduk didepan aku. Wah makin ligat la nampaknya cikgu hasrul lepas ni dapat cikgu praktikal yang cantik2. hahahah

Kata-kata best hari ini- cikgu diabetes tu ape?

Diari Seorang Guru Pelatih#5

26 February 2010
Hari ni cuti Maulidurrasul. Cuti umum pertama bagi guru praktikal seperti bagaikan hari kemerdekaan Malaysia. Hari untuk melupakan perit jerih menyesuaikan diri di sekolah. Ya…semua masalah dan bebanan sekolah telah ditinggalkan dipagar sekolah.
Oh ya, solat jumaat hari ini bagaikan mendengar khutbah dari sang penyanyi rock. Serak-serak basah gitu suara pak khatib membaca kutbah. Terkejut terkujat mereka yang tertidur. Hahaha…ragam ditempat orang. Masuk kandang kambing mengembek la jawabnya. Embekk!!

Kata-kata best hari ini- “Saya mengingatkan diri saya dan kamu!!” khatib

Diari Seorang Guru Pelatih#4

25 feb
Harini perasaan sangat bercampur baur. Kekecewaan di sebelah pagi, kedahsyatan di tengah hari dan bersemangat diwaktu petangnya. Kecewa apabila pengajaran tidak berjaya mencapai objektifnya. entah dimana silapnya. Inilah bahana bila pengajaran tanpa persiapan. Seperti berperang tanpa pedang. Seperti merempit tanpa minyak. Kecewa bila meihat anak bangsa tanpa arah tuju melulu melalak tanpa haluan. Namun semua perasaan terubat kembali bila pengajaran disebelah petang Berjaya dilaksanakan. Inilah rupanya nikmat mengajar…

Kata-kata best hari ini- cikgu darah campur ka...?

Diari Seorang Guru Pelatih#3

24 February 2010
Sudah mula dapat membiasakan diri, walaupun kaku dan debar masih menguasai diri.
Hari ini merupakan hari kokurikulum. Tiba-tiba cikgu norasyikin, guru penasihat KRS memanggil aku untuk membantunya dalam perjumpaan ahli kelab KRS. Cikgu Syikin kata “minggu depan cikgu Qamarul akan mengajar kawad kaki kepada kamu” Terkejut siot. Tapi takpe sebab berbekalkan dengan pengalaman kawad sebelum ni tiada masalah. “ jadi sekarang kita akan belajar menyanyikan lagu krs yang akan diiringi lagu yang akan diajar oleh cikgu qamarul” tambah cikgu syikin. Lagi la terkejut beruk. Dengan muka konfidennya pergi kebelakang dan berbisik kat cikgu syikin “cikgu sy tak tahu nyanyi” hahahah…akhirnya cikgu aniza yang ambik alih.
1.10 petang – mengajar pantun yang sangat adhock. Terima kasih kepada cikgu aniza & cikgu didi yang bantu siapkan BBM sblm waktunya.

Kata-kata best hari ini- sikit punya banyak kelas ganti da…

Diari Seorang Guru Pelatih#2

Mendaftar ke sekolah
Bertemu pengetua, gpkhem, gpkkoko, gkmp dll
Entah kenapa perasaan sangat tidak tenang & berdebar





dan mulai sekarang aku adalah warga Tun Mutahir











Kata-kata best hari ini- “Sekolah ni memang dah tak cantik, jadi kita solek (buat mural) kasi cantik”-pengetua

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...