Rabu

Diari Seorang Guru Pelatih#1

22 feb (Isnin)

Mc – itu saja yang aku boleh nyatakan. Hari pertama mendaftarkan diri sebagai guru pelatih terpaksa dilupakan. Entah kenapa aku dimasukkan ke hospital kerana muntah-muntah. Entah apa yang aku makan sampai jadi macam tu. Orang lain tak kena pulak. Masuk air sampai 2 pain. Punya la banyak. Badan jadi tersangatlah lemah. Hai...nasib badan.

Kata-kata best hari ini- “Kesian cikgu kita” Doktor Nafi

Isnin

Epilog: Diari seorang guru praktikal

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
setelah sekian lama berdiam diri,
meninggalkan segala kesenangan diri untuk melatih diri menjadi pengajar sejati.
akhirnya aku mempunyai idea rasa untuk dikongsi.
dengan berbekalkan blog ini yang sudah lama menyepi,
akan aku titipkan segala memori,
pengalaman,
peristiwa
yang terjadi disekeliling diri untuk tatapan diri sendiri
dan perkongsian pengalaman buat pembaca yang dikasihi.
ini hanya sekadar epilog.
pembuka bagi segala diari.
akan aku kongsikan...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...