Isnin

selimut bawah bayu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat tinggal Muar
Selamat tinggal Johor
Selamat tinggal Semenanjung
Selamat tinggal  semua
Selamat tinggal kenangan
Selamat tinggal ibu ayah
manusia pembesar dan penjaga
yang melepaskan dengan tangan yang separuh rela
lepaskanlah mak
akan aku pulang membawa berita gembira


Pergi aku menunaikan amanah
Pergi aku dengan jiwa yang tabah
pergi aku penuh duka
pergi aku penuh tawa
Pergi aku meninggalkan seribu satu karenah jiwa
kerana aku tahu itu semua hanyalah mainan jiwa
yang bersifat sementara
akan aku berusaha sedaya ada


Selamat datang pengalaman
Selamat datang cabaran
Selamat datang pintu kejayaan
Selamat datang kehidupan selepas kehidupan
Selamat datang rezeki mu ya Rabb
dengan jiwa lemah dan semangat yang patah
cuba bertongkat menerpa awan
bangun kembali melawan amarah

Insyallah 
ada jodohkan tetap berjumpa lagi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4 ulasan:

Lurunna berkata...

bye2 Q, jg diri... :)

I*K*T*I*R*A*F berkata...

selamat berbakti! :)

humbleyat berkata...

sedihnya q..dengar bait2 ni...
selamat berjaya di sana:)

Sofia Karim berkata...

Selamat berposting.. InsyaAllah , pintu rezeki Q bermula disana.. Think Positif, InsyaAllah semuanya akan berjalan dgn baik!
Seronok dengar kawan2 semua dapat penempatan!!

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...