Ahad

Retro Setia Selamanya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 http://blog.changearchitects.ca/__oneclick_uploads/2009/02/white-flag.jpg
i
akhirnya aku mengalah
luntur sudah segala kebobrokan hipokrasi
ya
aku akui aku masih ingat yang satu ini
menjadikan mimpi hampir-hampir menjadi realiti
................
ii
bukan soal cinta manusiawi
ini soal berperang dengan diri sendiri
dalam degup menanti  surat berisi
bertanya aku kepada sang hati
adakah kau sudah bersedia?
hati bersekongkol dengan jantung mendiamkan diri
sunyi sepi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

akhirnya Q sudah tidak dapat lari. menukar juga kulit blog ini seputih salji kerna rindu sama yang ini
ya..Q masih rindukan zaman ber'wordpress' sebab komunitinya yang manis. 
maka jadilah laman ini seakan-akan minimalis. 
biar putih, biar sejuk, biar terang, biar lapang, biar apa yang diluah dapat dirasakan. 
Q ubah sedikit dari "Tempat Aku Luah Dan Kau Terasa" 
kepada "Rapsodi Luah Dan Rasa" supaya dan meresap ke dalam jiwa 
bukan sekadar blog picisan kritikan membabi buta.
ya...perasan itu cuba untuk mula dikutip semula.

dan mulai bulan ini sehingga bulan 12,
Q akan paparkan kembali arkib-arkib terpilih dari blog Qaryacipta untuk dikongsikan bersama. 

maaf...bukan malas membuat entri baru tetapi sedang mengumpul daya menjadi diri yang dahulu.

je m'appelle dalam bahasa Perancis bermaksud 'nama saya...'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1 ulasan:

Q berkata...

akhirnya Q sudah tidak dapat lari. menukar juga kulit blog ini seputih salji kerna rindu sama yang ini.
ya..Q masih rindukan zaman ber'wordpress' sebab komunitinya yang manis.
maka jadilah laman ini seakan-akan minimalis.
biar putih, biar sejuk, biar terang, biar lapang, biar apa yang diluah dapat dirasakan.
Q ubah sedikit dari "Tempat Aku Luah Dan Kau Terasa"
kepada "Rapsodi Luah Dan Rasa" supaya dan meresap ke dalam jiwa
bukan sekadar blog picisan kritikan membabi buta.
ya...perasan itu cuba untuk mula dikutip semula.

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...