Selasa

kalau keyakinan itu rumah, sokongan itu hiasannya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

selepas mendapat panggilan penempatan semalam
ramai kawan-kawan Q yang bertanya khabar, memberi sokongan, tak kurang juga dorongan
ya, memang agak sukar untuk menerima
tapi apakan daya
tanggungjawab perlu dipegang
janji perlu dilunas
...
sekali lagi Q ingin berterima kasih
kepada kawan-kawan yang memberi motivasi
kamu semua sumber kekuatan




sahabat. di mana kamu?
di upm saja. :)
bukan. di mana kamu ditempatkan?
tidak ditempatkan di mana-mana. stay sahaja di UPM. dengar khabar kamu di SABAH.
  ya. mencabar bukan. cabaran yang paling getir adalah kesediaan diri sendiri.
  kalau benar hatimu kental dengan azam mahu bergelar guru, semua tu tak mustahil sahabat. Kehebatan sebenar seorang manusia adalah kehebatan menghadapi kegentaran dan ketakutannya. aku kenal kau dah lama, aku tahu ko boleh buat. cuma mungkin perlukan masa utk terima dan membiasakan diri dengan kejutan luar biasa itu. semoga berjaya qamarul. aku sokong ko.!!!
terima kasih syam. aku tau kau sentiasa berada dibelakang aku (oh tidak!)..aku sedia terima tapi perlu masa. dengan keluarga aku yang perlukan aku sekarang ni...ya aku perlu tabah.
qamarul, aku faham. anak sulong memang banyak tanggungjawab dengan keluarga. erm ko abg yg baik, adik beradik kau pun rapat dan bertanggungjawab (berdasarkan apa yg aku perhati). so mungkin ko perlu percaya pada adik beradik kau bagi menggantikan tempat kau sementara kau mengejar cita2 dan membina karier. kau masih boleh menjalankan tanggungjawab dari jauh. kan???? cool qamarul. 
terima kasih sahabat. aku menjadi lebih berani sekarang. T,T
   qamarul, keberanian tu ada cuma emosi kau menutupnya. jadi nilah fungsi sahabat utk bantu menarik keberanian yg tersembunyi tu agar kau lebih berani berjuang (positif way).. aku perlu berhubung dengan bahagian teknik dan vokasional esok. dapat panggilan tadi. aku lebih cemas dan berdebar sekarang.
  semoga berjaya dalam apa jua yang kau lakukan sahabat
  amin. terima kasih cikgu Q. kamu juga. sabah tu indah panoramanya. mungkin dah tiba masa kau beli kamera mahal utk post gambar2 menarik.
hahaha... laptop dulu mungkin..
   hahaha.. setuju :)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan:

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...