Khamis

Peranan Warna

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengenal warna diri, anda akan mengenali personaliti dan mengetahui kelemahan diri anda. Dengan mengetahui kelemahan diri anda akan mengetahui penyakit-penyakit yang boleh anda hadapi dan dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.

Warna ternyata mempunyai banyak definisi. Warna mampu mengungkap watak peribadi seseorang. Jika kamu mahu mengenali sifat peribadi temanmu, senang saje, kamu hanya perlu tahu warna kesukaannya sahaja.

MERAH -  Temanmu mempunyai watak yang kasar.  Tetapi dia juga mempunyai perwatakan ceria dan mempesonakan.

BIRU -  Si dia adalah seorang yang penyabar dan romantik.   Mudah memaafkan kesalahan orang lain.

HITAM -  Si hitam adalah penyayang dan pandai meyimpan rahsia tapi lemah dalam menunaikan janji.  Walaupun begitu si dia memang jenis orang penyayang.

PUTIH -  Orangnya tenang dan boleh dipercayai.

UNGU -  Oh....... nasib kamulah jika mempunyai teman yang sukakan warna ungu.  Mereka ini selalu merasa bangga dengan kemampuan diri sendiri dan asyik tidak setuju dengan pendapat orang lain.  Namun begitu si dia mempunyai tekad yang tinggi untuk mencapai apa yang diingini.

KUNING -  Begini dik....si dia tidak begitu kuat memegang rahsia.  Si dia juga suka berkhayal.  Tetapi janganlah kamu bimbang.  Si dia masih menyayangimu.  Apa yang boleh di banggakan, si dia mempunyai sikap yang baik, dan bersopan santun dengan sesiapa sahaja.

HIJAU -  Si dia seorang yang sukakan sesuatu yang seni.   Seleranya tinggi, tetapi kamu harus ingat si dia adalah seorang yang kuat cemburu.   Pandai-pandailah kamu mengaturnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2 ulasan:

izyanty collection berkata...

kalau pink camna lak hehe..

sape2 nak freegift dari izyanty collection spa leh join kat cini k

http://izyanty.blogspot.com/2010/10/free-gifr-form-izyanty-collection-spa.html

Q berkata...

izyanty - cuba campurkan putih dan merah. huhuhuh

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...