Isnin

zombie apocalypse: are you ready?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
‘Mayat Hidup’
Zombie ApocalypseImage by Dr Stephen Dann via Flickr
dan sekoyong-koyongan si makhluk hina dina iaitu kuman H1N1, SARS dan Chikugunya yang ada sekarang telah mencapai kata sepakat dan bergabung untuk berevolusi menjadi lebih kuat
dengan bantuan kerajaan negeri dalam usaha mengembangkan industri babi di malaysia ke peringkat antarabangsa dan dakyah liwat ke antarabangsa. kuman-kuman ini mula merembeskan sejenis virus yang menyerang sistem saraf otak manusia.
peringkat awal virus akan mengawal bahagian serebrum, kemudian serebelum dan akhirnya medula oblongata manusia dan saraf tunjang. virus ini akan melumpuhkan bahagian serebelum yang mengawa keseimbangan badan menyebabkan manusia sukar untuk mengawal pergerakannya. ada yang jalan menyerong, ada yang jalan menyeret dan bergabai-bagai cara lagi yang tak pernah kita bayangkan. maka dapatlah dilihat di situ makcik Senah jalan menonggeng, Lim jalan sambil menyeret kakinya, Sitta bergerak mengesot ke kiri dan kanan, manakala Sidin membawa motor sambil kepala disanggakan diraga.
kemudian selang sehari virus mula menghancurkan bahagian prefontal cortex yang ada dibahagian antara mata dan dahi yang mengawal tindakan, menjadikan manusia mula berperangai agresif dan bertindak diluar kawalan. dan keadaan ini berlarutan sehingga beberapa hari menyebabkan banyak kes-kes khalwat dan rogol berleluasa.
oleh kerana perpaduan dan kesepakatan yang terjalin antara kuman-kuman tersebut yang belum pernah dikecapi di Malaysia ini. mereka bersama-sama mencipta satu sistem seperti MLM lagaknya. sesiapa yang dapat mencari mangsa yang lebih ramai akan diberikan ganjaran. ganjarannya ialah dapat memerintah dunia. maka berebut-rebutlah mereka melata di atas muka bumi dengan satu tujuan iaitu menjangkitkan kumannya kepada manusia. agennya tentulah manusia sendiri. dengan kawalan sepenuhnya virus-virus ini ke atas badan mangsa, maka mereka yang seperti robot mencari manusia yang belum terkena. caranya senang saja. dengan memindahkan cecair badannya kepada mangsa tak kira melalui gigitan, ciuman mahupun seks bebas mungkin. dalam beberapa saat mangsa akan terkena jangkitan.
(okey…penghabis yang mengarut kini sudah tiba)
oleh sebab mereka masih lagi manusia yang perlu mengisi tembolok dengan makanan, mereka makan apa saja yang ada seperti sayur dan ternakan contohnya. maka dibina satu tempat yang besar untuk membela binatang ternakan dan sayur-sayuran tanpa diasingkan mengikut kasta, agama dan juga bangsa. setelah habis semua manusia dijangkiti maka hiduplah manusia dengan penuh harmoni dan saling hormat-menghormati serta merendah diri kerana sifat diri sendiri yang sudah lagi tidak sempurna. tiada lagi manusia yang meninggi diri, mementingkan diri serta memakan rasuah kerana sayur sudah jadi penggantinya.  wang sudah tidak berguna lagi kerana sistem barter mula disukai. tiadalah lagi kedengaran demonstrasi jalanan mahupun pencerobohan sempadan untuk dijadikan penempatan. senjata nuklear pula mula diagih-agihkan untuk dijadikan bahan bakar dan pemanas badan. Sidin yang seronok bersiar-siar sambil membawa motornya pun berkata. “alahai…indahnya hidup ini bila manusia hidup aman dan damai”, dan Sitta menjawab “kalau tahu begini dari awal lagi kita minta bantuan dari Barisan Pakatan H1N1, Sars dan Chikugunya”. selesai saja mereka berbual, tiba-tiba bumi terbelah, langit runtuh dan terdengar bunyi tiupan sangkakala yang panjang…….
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4 ulasan:

Qassam berkata...

Assalamualaikum.

Ish..ish..ada jugak sindrom zombie yer..:)

PIDUT ASiS berkata...

pergh...mantap gak cara befikir ni..semua jadi zombie,tak da gaduh2..hehehe

Post Terhangat...
Manusia Durjana

Teletubis berkata...

aku tak bole jadi zombie..sebab aku teletubis..nanti budak-budak takut aku lak..

Entri Cilanat!!!
Cilanat!!!Pesal Ko Follow Bontot Aku Ni??

Q berkata...

@Qassam - kalau semua virus tu bersatulah.

@pidut - aman dunia.

@teletubis - tak jadi zombie pun budak2 takut. lalaaa!

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...