Isnin

Semangat Jati Merdeka Pudar? Salah Siapa?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 okey bukak lagu biru dulu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


keliru
cakap salah tak cakap salah
semua jadi serba salah
caca marba bertambah gundah
bukan mahu menuding bukan mahu mengata
mana perginya semangat engkau semua
jangan salahkan guru
jangan tuding murid
mereka semua ada pening-pening lalat sikit
Malaysia makin maju
Malaysia makin malu
Malaysia makin hangat
Malaysia makin panas
Malaysia boleh
rakyatnya ngeleh
ketua kata semangat
anak buah kata sebat
orang luar kaut untung
orang kampung melopong
Malaysia makin maju
Malaysia makin malu
Malaysia makin hangat

Malaysia makin panas
 NEGARAKUku
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4 ulasan:

Puteri Dyla Qistina berkata...

Insyaallah dengan kita sebagai pemimpin generasi akan datang. kita cuba ubah mereka dengan didikan dan erti merdeka bukan sj di skolah, mulakan sejak diri masih kecil. Jum same2 usaha!

Bella Enveeus berkata...

Selamat Hari Merdeka! Semoga rakyat kita pun lebih matang dan elok lagi..

Q berkata...

@Dyla - itulah tugas kita sebagai abang, akak, adik, mak, abah, atok, wan, nenek, pakcik, makcik untuk ingatkan mereka.

Q berkata...

@Bella - bab menjadi rakyat yang matang dan berminda kelas pertama tu yang menjadi masalah. kita 'akan' ke arah itu. dan memerlukan masa. tapi dunia tak dapat tunggu.

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...