Isnin

mengenalpasti barang bintik tiga pusing-pusing ekornya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 AWAS! mereka di mana-mana,  
uish suspennya!

 

Babi, خنزير, Pig, Vark, , svinja, svin, Schwein, หมู, 豚, सूअर

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi ini. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat dimana-mana sebenarnya. Malah banyak juga terdapat di kompleks-kompleks membeli-belah terkemuka.

Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK.

Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini :.

2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Sila ambil perhatian pada beberapa visual di bawah agar kita tidak tertipu dengan barangan datang dari kulit binatang haram itu:


 

 

 
 sumber pmiupm
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
antara produk lain:

 
berus


 baju

 
 wallet@ beg duit

 gelatin

kapsul

 sarung tangan dan lain-lain

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
adakah Hush Puppies pula dibuat dengan kulit anjing?
huhuhuh
korang jawab...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

6 ulasan:

Farid MOFASAD berkata...

pakai asadi senang :P

Q berkata...

farid - sedang pakai. huhuhu

Lurunna berkata...

sy xpenah beli varvi...haha

Fazlinil Irma berkata...

di Malaysia barangkali kurang penggunaan kulit Bab* dlm pbuatan kasut dsb.

pengalaman sy di sini. kebanyakannya brg memang dr kulit B. Kdg2 mood nak membeli jd kurang/malas sbb biasanya kalau dah berkenan trus x boleh beli.

gara-gara B lah. ~GERAM~

Q berkata...

Fazlinil - walaupun kurang tapi masih digemari. lihat saja di gedung besar ada satu tempat khas untuk itu. sebagai panduan. mana tau ada bukan muslim yang pakai gesel kaki dia kat kita. hahahah

Fazlinil Irma berkata...

ehmm.. gesel kaki? setahu sy biasanya kulit B digunakan dibahagian dlm bukan luar kasut.

setahu sy kalau kering x de masalah. yg jd masalah kalau basah. yg tu mmg kena samak.

alhamdulillah, 3 thn duk sini x pernah kena gesel dgn anjing.

moral : kalau x nak kena gesel jgn dekat dgn mereka.
wallahua'lam...

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...