Rabu

memberi dan menerima

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 okey mainkan lagu leleh dulu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
i
hidup mencari sahabat
bukan mencari musibat
jangan sampai kena sebat
badan sakit belakang berbirat

tadi Q ke Expo Kemerdekaan di Muar
sedang asyik meronda
dijemput singgah sebentar ke gerai perubatan tradisional
terlihat seorang syiek zuhud perwatakannya
entah ada kuasa apa tergerak juga masuk ke sana
sempat juga la Q ditanya itu dan ini
dengan kepakaran dalam kitab tajul muluk dia menilik la Q
katanya Q ni sering gagal dan segala kegagalan itu ada hikmahnya
"walaubagaimana berusaha pun Allah tetap gagalkan kerana mungkin akan ada keburukan selepas itu"
termenung...terfikir sejenak
mahu membantah tapi ada kebenarannya
dari episod-episod luka sebelum ini 
banyak mengajar tentang erti kehidupan
erti memberi dan menerima kenyataan
sebelum ni Q sering mempertikai mengapa perpisahan perlu terjadi
kadang trauma menyelimuti diri
tapi selepas ditarbiyah secukup-cukupnya oleh syiek tadi
Q sudah boleh menerima
sekurang-kurangnya bisa yang tersisa terpadam sepenuhnya
dan  hati ini mula bersedia untuk mekar 
mahu keluar dari terowong masanya
entah bila masa itu akan tiba
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ii
spek ku sudah diperbaiki
 alhamdulillah dapat juga digunakan menjelang  temuduga nanti
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4 ulasan:

Aniza berkata...

bila tergerak menilik, tentu akan membawa kepada percaya walaupun sedikit. betulkan?

barangkali apa yang berlaku adalah kebetulan. sebagai kawan, kudoakan yang terbaik. tabahlah selalu.

good luck and do da best for INSAK.

Q berkata...

masih ada keraguan
bila perubatan islam bercampur dengan penilikan tajul muluk sebegitu

sekurang-kurangnya ada sesuatu yang perlu dilakukan

Kancilbiru berkata...

kita yang mencorakkan masa depan kita. takyah la terlalu taksub dengan tilikan tu nanti kita akan kecewa...berusaha..chaiyok!

Q berkata...

kancilbiru - bukan taksub. sekadar mencuba

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...