Isnin

Kronologi pembentukan Malaysia

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 http://1.bp.blogspot.com/_Kph51o5ClJY/SM5MbTlL5AI/AAAAAAAAAIM/fPnzfKCogrw/s320/bendera.jpg
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53, marilah kita renungkan sejarah pembentukan Malaysia menerusi kronologi peristiwa bersejarah ini.

 Kronologi pembentukan Malaysia adalah seperti berikut:

1945 - Konsep Kesatuan Malaya (Malayan Union) ditubuhkan oleh kerajaan Imperialis Inggeris kononnya untuk menuju ke arah pembentukan kemerdekaan Malaya. Namun, majoriti daripada rakyat tempatan membantah usaha ini kerana ianya menyebabkan pembatalan semua fungsi politik Sultan di sembilan negeri-negeri dan mengeluarkan Singapura dari kesatuan itu.

1947 - Setelah melihat pemberontakan dan rusuhan di antara orang Melayu,
Inggeris memutuskan untuk menukar
konsep tersebut dengan pembentukan sebuah Persekutuan Tanah Melayu. Namun  isu pendatang kaum Cina dan India masih dibincangkan ketika itu.
Sungguhpun sudah terdapat kehadiran kaum Cina dan india sejak zaman kesultanan Melaka, akibat dari hubungan perdagangan , kemasukan beribu-ribu kaum Cina dan India adalah menerusi usaha Inggeris bagi melakukan kerja-kerja yang tidak popular di kalangan masyarakat Melayu yakni, di lombong dan estet ketika itu.

1948 - Malaya memasuki tempoh darurat kerana pemberontakan Komunis.

1949 - Pilihan raya pertama Malaya ketika itu dimenangi oleh Parti Perikatan yang
terdiri daripada UMNO (Malaysia), MCA (Cina) dan MIC (India).
Inggeris mendapati bahawa orang-orang Melayu tidak mempunyai masalah untuk membenarkan keujudan sebuah negara berbilang kaum dengan beberapa syarat tertentu. Ini termasuk membenarkan pemberian kerakyatan kepada kaum pendatang yang pada ketika itu dimasukkan oleh Inggeris untuk menjalankan kerja-kerja tertentu.


1955-1956 Tunku Abdul Rahman memimpin sekumpulan pemimpin Parti Perikatan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Akhirnya, ketetapan dipersetujui pada bulan Februari 1956 dan kemerdekaan secara rasmi akan diberikan.

1957 - Kemerdekaan dan pembentukan Persekutuan Malaya pada 31 Ogos 1957


1960 - Para pemberontak Komunis menjadi semakin lemah, menyebabkan Darurat dimansuhkan untuk pertama kalinya sejak 1948.

1962 - Perundingan diteruskan untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei antara pemimpin tempatan dan Inggeris. Pada waktu ini kelihatannya, Singapura tidak bermasalah untuk bersama Malaya. Namun, pemimpin pembangkang Brunei membantah usaha ini  dan berlakulah kekacauan menyebabkan Brunei tidak menyertai Malaya. Sabah dan Sarawak umumnya bersetuju untuk bersama Malaya tetapi mendapat bantahan dari pihak Filipina dan Indonesia. Filipina mendakwa kedaulatan mereka atas Sabah sementara Indonesia ingin membentuk sebuah negara Melayu yang luas yang meliputi Malaya. PBB memutuskan untuk menjalankan sebuah kajian lebih mendalam berkenaan Sabah dan Sarawak melalui Pesuruhjaya Reid dan Cobbold. Akhirnya Sabah dan Sarawak menyertai Malaya.


1963 - Pembentukan Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September
1963 terdiri daripada 9 negeri di Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura.

1965 - Namun karena ketidaksepakatan dan salah faham di antara para pemimpin dari kerajaan pusat dan pihak berkuasa Singapura, Singapura meninggalkan Kesatuan pada 6 Ogos 1965 untuk membentuk sebuah negara yang berasingan.






Rujukan :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan:

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...