Khamis

Hati lelakiku tercabar dibulan Ramadan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ini adalah entri biru
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

prolog
"yang dikejar tak dapat
yang dikendong keciciran"
....................
chapter 1
hari ini kesabaran aku sebagai manusia tercabar
oleh manusia genit berhingus belum baligh menunjuk belang
di dadanya yang belum bebulu
....................
chapter 2
sedang aku menunggu adikku pulang di hadapan sekolah
terpandang akan satu kelibat budak terdampar di tepi jalan
diam selama setengah minit
sambil dibantu bangun oleh rakan-rakan 
darjah satu mungkin
.....................
chapter 3
kelihatan seorang budak berusaha melintas jalan
setelah ibunya sampai untuk mengambilnya pulang
wajahnya riang
......................
chapter 4
adik aku yang baru menaiki kereta mengkabarkan apa yang berlaku
"budak tu terjatuh dipukul dari belakang"
"siapa buat?"
"tu yang baru lalu tadi"
"lepas pukul mak dia datang dia terus pergi"
"semalam adik pun kena"
tak semena-mena darah aku menyirap
enjin kereta dihidupkan
meluru laju mengejar motor anak beranak keparat itu
hampir berjaya memotong
dem!
akhirnya tersangkut di kesesakan jalan raya
............................
chapter 5
budak tadi masih menangis
sambil ditenangkan oleh rakan-rakannya
darjah satu mungkin
.......................
chapter 6
dalam kesibukan jalan raya
dan tertinggal jauh dari anak beranak keparat itu
terdetik rasa menyesal dihati
mengapa diikut amarah hati
alangkah eloknya aku bantu budak yang terdampar tadi
kurang juga rasa sakit dihati
emosi meragut diri
ya mungkin kerna terkena kepada keluarga sendiri
 ......................
konklusi
hari ini kesabaran aku sebagai manusia tercabar
oleh manusia genit berhingus belum baligh menunjuk belang
di dadanya yang belum bebulu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4 ulasan:

Aniza berkata...

salam

1. saya pengkritik pertama entry ni.
2. i laik this entry soooooo much
3. chapter 6 paling best sebab dia no 6 dan kesedaran tu yang paling berharga.
4. papa angkat Q, Hasrul n Wak DD, iaitu Ustaz Sajat call tadi bertanya khabar korang. Dia kata budak praktikal (UPM) sekarang tak best macam time kita dulu.
5. rajin2 singgah blog k walaupun tak tinggal komen.
6. minta adik Q tu hati2 supaya tak dibuli lagi.

-tamat-

Q berkata...

wsalam

1. saya peng'aprove' komen pertama. huhu
2. tq
3. hm...masih menyesal hingga sekarang.
4. kerja ikhlas, amanah, orang akan kenang, orang akan cari. tagline"di mana kan ku cari ganti" huhuhu
5. sentap
6. baru semalam pertama kali

Selipar Putus berkata...

agak2 bdk yg m'buli tu de rupe Giant lam cter DoremOn x..hik3~ sabOr ye incik Q....R,S,T..hik3

Q berkata...

SP - ala kecik je budak tu. kalau kita ni yang besar hayun tangan mau pengsan budak itu. huhuh

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...