Ahad

Hari ini cikguku politikus, esok...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bermula 1 Ogos hari ini ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.




Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu. ye kalau pilih pembangkang diluluskan tak?

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek. kalau kau tiba-tiba diminta bertukar dalam tempoh 24 jam jangan marah

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik. orang kata kena profesional. tapi WTH la kalau realiti memang akan tercampur aduk
Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

- Bernama
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ulasan Q
 
kalau begini kehendaknya
ya....
yang dulu dalam kelambu
yang malu bertambah mahu
berbondong-bondongan mereka berperahu
orang ulu tuju ke ulu
orang baruh tuju ke baruh
murid-murid tersuluh-suluh
cukup hari bulan gaji penuh
 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 

Tiada ulasan:

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...