Ahad

Mulut kau bau bangkailah!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shut up!!
sumber gambar: aizulazril
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sesungguhnya mempunyai sebuah kedai runcit sememangnya menyeronokkan
pelbagai ragam dan rencam manusia dapat diketahui
ada yang cerewet, ada yang tak kisah, dan ada jugak yang kemut (kedekut)
tapi yang Q nak ceritakan hari ni bukan pasal tu semua. 
tapi pasal  mesyuarat tingkap aka zon gosip mengumpat tak ingat tempat
sememangnya apabila ada satu tempat orang berkumpul mula la ada kelompok yang akan gunakan untuk bertemu mesra, bertepuk tampar, merapatkan silaturrahim, jumpa selepas lama berpisah. 
dah macam balai raya pula ye...

..........
tapi bila bab berjumpa dan mengadu domba memang buat orang leka.
cakap berdego-dego tak ingat dunia, tak sedar kaki terpalit daki.
selalunya kalau tiba bab ni 
mak Q akan buat-buat kerja lain sebab tak nak terlibat terbabit dalam kerja tak berfaedah ni.
alergi dan membuang masa katanya
.......
hari ni ceritanya menarik
tentang anak si polan binti si polan yang pakaiannya masyallah sungguh seksi
perangainya Ya Allah tak tahu nak kata apa
tutur katanya Astagfirullah macam longakang
semua aib dijaja-jaja
macam hal ni penyebab naik harga gula
.......
tolong la ye
jangan selitkan nama tuhan kau dalam kerja maksiat kau
memang alergik betul dengar
Q dah dididik supaya meluat tengok si pengumpat
macam mana?
senang je
korang bayangkan orang yang sedang seronok membebel tu mulutnya penuh dengan darah. 
ya macam vampire tu.
lepas tu kat tangan dia ada seketul daging manusia. 
banyak bebelnya banyak jugalah ketulan yang dibawa. 
lagi banyak umpatnya lagi merah darah dipipinya
......


cantik macam mane pun kau
kalau mulut bau longkang
aku nilai rupa jasad rohani kau begini sajalah
............
eh teringat dulu ada satu rancangan 'sergah'
semuanya muka begini
hahaha
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

9 ulasan:

Puteri Dyla Qistina berkata...

Menyampah kalau berada di tempat Q juga. Moga2 saya tak jadi macam tu huhu

CJ berkata...

salam Q

laa..ni kita panggil gossip. ramai yang terlibat sbb dah mcm diterima masyarakat...

Q berkata...

Dyla - minta dijauhkan...

CJ - kalau gosip aibkan orang kan dah tak elok tu kak...

Lurunna berkata...

salam ziarah...

*dpt gak komen...muahaha

Fina Fento berkata...

dimana - mana juga bole ditemui spesis ni. duu tak banyak, sekarang ni membiak - biak pulak. yang bestnya, laju mengalahkan internet.

Q berkata...

lurunna - ya ziarah...

fina - dulu dan sekarang sama je banyaknya. sekarang lagi maju sebab banyak media

Selipar Putus berkata...

nenek tertarik ngan awek kat atas.. de numO tepOn bliau x? hik3

alvin takda umah harga 8juta berkata...

tambah saham neraka..
SMS ONMULUTLONGKANG
ke 38876

Q berkata...

SP - yang mane? yang tutup mulut ke yang mulut ternganga. kalau yang mulut ternganga bekas pelakon iklan AXE kat tv. salin la no dia. huhuhu

alvin - tittit...tittit...apehal hantar kat Q. huhuhuhu....

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...