Jumaat

istiwa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Anda pasti kiblat anda betul?



Pada setiap tahun, matahari akan berada betul-betul diatas Kaabah sebanyak dua kali. Fenomena ini dipanggil Istiwa Matahari (istiwa adzam). Tarikh berlakunya peristiwa tersebut adalah pada 28 Mei (5.16PM waktu Malaysia) dan pada 16 Julai (5.28PM waktu Malaysia) pada setiap tahun. Justeru itu, kita sebagai umat Islam hendaklah mengambil peluang ini untuk menentusahkan semula arah Kiblat kita. Ianya mudah dan percuma.


Matahari istiwa atas Kaabah

Kejadian matahari istiwa (rembang) di atas kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai, kira-kira jam 5.28 petang (waktu Malaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat.
  • Panduan menentukan arah kiblat dari satu tempat pada tarikh dan masa yang ditentukan di atas:

    • Pacakkan satu tiang pada kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya.
    • Pastikan tiang berkenaan tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang itu.
    • Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah bayang-bayang yang menghadap ke barat.(sumber) (sumber lain)

 

Oleh itu, jangan berlengah lagi. Jom kita periksa sekali lagi arah kiblat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 ulasan:

Aniza berkata...

Salam..

Thanks.
Ini adalah entry paling menarik dan paling bermakna dalam semuanya!!

I really really like it!

Syabas, mr Q.

Q berkata...

aniza - ya tq...sy sedang usaha sebaik mungkin

Q berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fina Fento berkata...

Thanks Q bagi info pasal ni :)

http://fentomatte.blogspot.com

Q berkata...

fina - sama2 =)

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...